Tarikh Pembayaran RM1,000 i-Citra Disember 2021


Memandangkan bulan Disember sudah hampir tiba, pasti ramai daripada anda yang tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran bagi i-Citra bulan kelima akan dikreditkan bukan? Untuk makluman, ianya sama seperti i-Sinar yang mana bayaran akan mula diterima mengikut kategori permohonan dan tarikh kelulusan masing-masing. 


Had pengeluaran pembayaran sehingga RM5,000 ini adalah bermula pada bulan Ogos 2021 yang lalu dan dibayar RM1,000 setiap bulan sehingga 5 bulan. 


Oleh itu, kami dari Salam Kerjaya akan berkongsi kepada anda tentang semakan status dan jadual pembayaran bagi i-Citra Disember 2021. 


TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA DISEMBER 2021

Untuk pengetahuan anda, pembayaran bagi i-Citra bulan kelima dijangka akan mula disalurkan bermula pada 01 Disember 2021. Dan ianya akan dibayar secara berperingkat mengikut batch/kumpulan masing-masing. Berikut adalah merupakan tarikh-tarikh rasmi untuk bulan-bulan pengeluaran i-Citra:

  • Ogos - 02 Ogos 2021
  • September - 01 September 2021
  • Oktober - 01 Oktober 2021
  • November - 01 November 2021
  • Disember - Kemungkinan 01 Disember 2021 (Akan dikemaskini jika terdapat perubahan tarikh)

CARA SEMAKAN STATUS i-CITRA DISEMBER 2021

Semakan i-Citra boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu melalui laman web i-Citra ataupun melalui i-Akaun.

Cara buat semakan melalui laman web i-Citra: 
  • Buka laman web i-Citra KWSP di https://icitra.kwsp.gov.my/ 
  • Klik pada butang SEMAK STATUS
  • Isikan maklumat yang diminta
  • Status permohonan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan. 

Cara buat semakan pembayaran melalui laman web i-Akaun:
  • Buka aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  • Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan. 
  • Kemudian semak bahagian PENGELUARAN/WITHDRAWAL
  • Klik pada WITHDRAWAL HISTORY
  • Seterusnya klik pada paparan yang ada bertulis i-Citra
  • Tarikh bayaran akan dipaparkan seperti contoh di bawah ini



MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan berkaitan i-Citra, anda boleh menghubungi Hotline i-Citra di 03-8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Untuk info terkini melalui media sosial, anda boleh melayari Facebook Rasmi KWSP - DI SINI

Post a Comment

0 Comments