eGUMIS: Cara Semakan & Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) 2021
Adakah anda tahu bahawa jumlah Wang Tak Dituntut (WTD) setakat Februari 2021 adalah sebanyak RM9.4 bilion dan akan meningkat saban tahun. Jika dahulu anda perlu beratur di kaunter bagi melakukan semakan, kini anda boleh melakukan semakan hanya melalui online sahaja.
Oleh yang demikian, kami dari pasukan Salam Kerjaya akan berkongsi kepada anda berkaitan cara untuk melakukan semakan permohonan dan tuntutan WTD secara online. Semoga bermanfaat.
CARA SEMAKAN WTD SECARA ONLINE
Berikut adalah merupakan cara untuk melakukan semakan WTD secara online:
- Langkah 1: Sila layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
- Langkah 2: Buat pendaftaran pengguna secara atas talian (online).
- Langkah 3: Log masuk portal menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Langkah 4: Kemaskini maklumat pengguna.
- Langkah 5: Kemudian, sila klik pada perkataan 'KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT' untuk melakukan semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada).
- Langkah 6: Klik 'Cetak', jika perlu.
*Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.
Pejabat Pendaftar Wang Tak DituntutBahagian Pengurusan Wang Tak DituntutJabatan Akauntan Negara MalaysiaAras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,Kompleks Kementerian Kewangan,No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,62594, Putrajaya
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam melakukan permohonan semakan dan tuntutan WTD, anda boleh:
- Sila hantarkan emel ke Pentadbir Sistem eGUMIS di maklumbalas.tuntutan@anm.gov.my
- Hubungi Call Centre di talian +603 2056 8052/53/54/55
- Atau hubungi pejabat di talian 03-2056 8000
Post a Comment
0 Comments