[RASMI]: Bantuan RM200 Sebulan Untuk Semua Rakyat Malaysia 2021





Untuk pengetahuan anda semua, terdapat pelbagai bantuan yang telah pihak kerajaan sediakan daripada segi bakul makanan, bantuan kewangan dan lain-lain lagi kepada golongan b40 bagi tujuan membantu meringankan beban yang sedang dihadapi lebih-lebih lagi pada ketika penularan wabak pandemik yang melanda negara kita sekarang ini.

Oleh yang demikian, pihak JKM dengan kerjasama pihak kerajaan telah menyediakan sebuah bantuan dalam latihan perantis yang bertujuan untuk memberi kan kemudahan kepada anak-anak untuk menerima bantuan JKM bagi mendapatkan latihan kemahiran ataupun latihan sambil bekerja.

Bantuan kewangan ini diperkenalkan oleh pihak JKM bagi bertujuan untuk membantu meringankan beban kehidupan seharian golongan b40 yang kehilangan sumber pendapatan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

JUMLAH BANTUAN

Berikut adalah merupakan jumlah bantuan kewangan yang akan disalurkan kepada golongan b40 yang layak ialah:
  • RM200 Sebulan

TUJUAN UTAMA BANTUAN DISALURKAN

Tujuan utama bantuan latihan perantis JKM ini disalurkan kepada golongan b40 adalah untuk:
  • Membantu klien jabatan ataupun anak-anak yang merupakan penerima bantuan tercicir daripada pendidikan.
  • Bekas pelatih di institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum melakukan permohonan:
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Anak-anak yang menerima bantuan dari institusi kebajikan
  • Bekas pelatih perintah khidmat Malaysia ataupun;
  • Mana-mana kes bekeperluan yang layak untuk dipertimbangkan dengan mempunyai kelulusan daripada KPKM.

CARA MEMOHON

Sebelum melakukan permohonan, berikut adalah merupakan dokumen yang perlu anda sediakan bagi tujuan memudahkan urusan permohonan:
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak serta ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (sekiranya ada)
  • Dokumen lain yang dirasa diperlukan.

Berikut adalah merupakan borang permohonan yang perlu anda lengkapkan dan kemudian hantar ke pejabat JKM yang berhampiran dengan kawasan anda:

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan - klik DI SINI
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan - klik DI SINI

Post a Comment

0 Comments