BPR Fasa 3: Tarikh Bayaran Dikreditkan Dan Jumlah Yang Bakal Diterima





Berita baik buat mereka yang masih tertanya-tanya berkenaan BPR Fasa 3, berikut dikongsikan beberapa maklumat berkaitan seperti tarikh pembayaran dan jumlah yang akan diterima mengikut kategori. Semoga bermanfaat.

TARIKH PEMBAYARAN BPR FASA 3

Untuk makluman semua, Perdana Menteri telah pun mengumumkan tarikh pembayaran bagi BPR Fasa 3 akan bermula pada 28 September 2021 ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 30 September 2021.








JUMLAH BAYARAN BPR YANG DITERIMA

Untuk pengetahuan anda semua, kategori bujang tidak akan menerima bayaran pada Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan jumlah bayaran pada Fasa 1 dan Fasa 2.

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima pada BPR Fasa 3 mengikut kategori Isi Rumah:

Pendapatan Isi Rumah < RM2,500
  • Kurang dari 1 anak: RM500
  • 2 anak dan ke atas: RM1,100

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 - RM4,000
  • Kurang dari 1 anak: RM200
  • 2 anak dan ke atas: RM600

Pendapatan Isi Rumah RM4,001 - RM5,000
  • Kurang dari 1 anak (Pemohon 60 tahun ke atas): RM200
  • Kurang dari 1 anak: RM100
  • 2 anak dan ke atas: RM200



CARA SEMAK STATUS BAYARAN BPR FASA 3

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR Fasa 3:
  • Log masuk ke laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
  • Tekan butang "Semak Status
  • Dan status bayaran / permohonan akan dipaparkan

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan berkaitan BPR Fasa 3, anda boleh melayari laman web BPR dan menghubungi LHDNM di:

LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 pagi - 5:00 petang)
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 pagi - 5:00 petang)
Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM

Post a Comment

0 Comments