Semakan Online
Tarikh Pembayaran Bantuan Miskin Tegar RM1,300 Bermula Ogos 2021


Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu berita baik buat semua rakyat Malaysia iaitu sebuah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Untuk makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) untuk semua rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan miskin tegar, golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan penularan wabak pandemik Covid-19.
BANTUAN KHAS COVID-19 RM1,300
Selepas Bantuan Pemerkasa+ RM500 sebelum ini, terbaru Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Khas Covid-19 atau BKC melalui program baharu iaitu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.
Untuk pengetahuan anda, bantuan ini akan diberikan kepada lebih 11 juta isi rumah, individu bujang dan warga emas serta golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19.
Melalui bantuan ini, rakyat akan menerima bantuan wang ringgit berjumlah RM100-RM1,300 mengikut kelayakan.
KATEGORI BANTUAN KHAS COVID-19
Pihak kerajaan telah mengklasifikasikan bantuan kepada 3 golongan yang layak iaitu kepada golongan miskin tegar, golongan B40 dan M40. Berikut adalah merupakan klasifikasi yang telah pihak kerajaan tetapkan:
Kategori Miskin Tegar
- Isi Rumah - RM1,300
- Bujang - RM500
Kategori Golongan B40
- Isi Rumah - RM800
- Bujang - RM200
Kategori Golongan M40
- Isi Rumah - RM250
- Bujang - RM100
CARA PEMBAYARAN
Pembayaran bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini akan dilakukan secara tiga fasa iaitu:
- Fasa 1 - Ogos
- Fasa 2 - November
- Fasa 3 - Disember
CARA MEMOHON
Untuk bantuan ini, masih belum terdapat sebarang info yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Kami akan umumkan dan kemaskini artikel ini dari semasa ke semasa jika sudah terdapat pengunguman rasmi daripada pihak kerajaan.
SOALAN LAZIM
1. Apakah itu miskin tegar?
- Miskin tegar adalah mereka yang tergolong dalam golongan rentan. Berpendapatan bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
2. Berapakah nilai bantuan miskin tegar?
- Golongan isi rumah miskin tegar akan menerima wang berjumlah RM1,300 manakala golongan bujang miskin tegar akan menerima RM500.
3. Bagaimanakah kaedah pembayaran bantuan ini?
- Pembayaran ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan dalam permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.
Post a Comment
0 Comments