Senarai Bantuan Kerajaan Yang Akan Diterima Sepanjang Bulan Ogos 2021




Dalam menangani krisis ekonomi, kerajaan telah menyuntik perbelanjaan negara untuk merangsang ekonomi dan mnyediakan bantuan menyeluruh merangkumi semua golongan B40, M40 dan miskin tegar. 

Berikut dikongsikan senarai bantuan kerajaan yang telah diumumkan kerajaan bagi tahun 2021. 


Bantuan Kerajaan Bulan Ogos 2021


Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang anda akan dapat pada bulan Ogos 2021 ini : 


1) Bantuan Khas Covid-19 (BKC) 


Bantuan ini akan dibayar secara berperingkat bermula pada bulan Ogos 2021. Kelayakan adalah berdasarkan data-data dalam sistem BPR 2021.

Sila rujuk kategori anda di bawah : 
  • Miskin Tegar (Isi Rumah) = RM500
  • B40 (Isi Rumah) = RM500
  • M40 (Isi Rumah) =RM250
  • Miskin Tegar (Bujang) = RM200
  • B40 (Bujang) = RM200
  • M40 (Bujang) = RM100

2) I-Citra KWSP


I-Citra adalah inisiatif kerajaan untuk memudahkan rakyat mengeluarkan wang KWSP dan dibayar bermula pada 2 Ogos 2021

Ahli KWSP yang membuat permohonan pada Julai 2021 akan dapat RM1,000 untuk bulan pertama. 


Bantuan Kerajaan Yang Lain


Bagi senarai bantuan di bawah pula, merupakan bantuan yang anda boleh mohon sepanjang masa : 

1) Program Prihatin Kasih 

  • Kadar Bantuan : RM100 sebulan selama 3 bulan.
  • Bantuan ini khas digunakan untk membeli barang makanan asas di  lebih 300 rantaian kedai dan pasaraya dengan hanya menggunakan IC.

2) Bakul Prihatin Negara 

  • Kadar Bantuan : Anda akan dapat bantuan bekalan makanan. Terdapat 8 barangan iaitu beras, gula, tepung, bihun, kicap, sardin, biskut dan kopi.

3) Bantuan Warga Emas 

  • Kadar Bantuan : RM500 sebulan.
  • Bantuan untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.
  • Bantuan ini adalah melalui JKM. Pemohon perlu mengisi borang dan hantar ke Pejabat JKM yang berdekatan.

4) Bantuan Kanak-Kanak

  • Kadar Bantuan : Maksimum RM1000 sebulan seisi rumah.
  • Syarat Kelayakan : Keluarga berpendapatan tidak lebih daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

5) Moratorium Automatik Pemulih

  • Moratorium 6 bulan akan diberikan kepada semua peminjam untuk semua golongan temasuk B40, M40, T20 & Usahawan Mikro.


Bantuan Kerajaan Untuk Peniaga


1) GKP 4.0 

  • Kadar Bantuan : RM1000
  • Pembayaran GKP 4.0 akan dibuat pada September 2021 (RM500) & November 2021 (RM500)


Maklumat Tambahan


Terdapat banyak jenis bantuan kerajaan terkini untuk rakyat. Bantuan ini bertujuan untuk menaikkan smula ekonomi setempat dan meringankan beban kewangan bagi mereka yang terkesan dengan pandemik ini. 

Sumber Bantuan : Jabatan Kebajikan Masyarakat 

Post a Comment

0 Comments