Residensi Wilayah: Permohonan Rumah Mampu Milik 2021


Residensi Wilayah yang dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP merupakan program rumah mampu milik yang tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Melalui program rumah mampu milik ini, dijangka sebanyak 80,000 unit dirancang untuk pembinaan di Wilayah Persekutuan dalam tempoh masa 10 tahun (2019 - 2028).


Kriteria Rumah Residensi Wilayah

Residensi Wilayah menawarkan rumah yang mempunyai:

  1. 3 bilik tidur
  2. 2 bilik air
  3. Dapur
  4. Ruang Tamu
  5. Ruang Makan
  6. Yard
  7. Serta dalam bentuk rumah berstrata

Senarai Projek Perumahan Yang Masih Tersedia

Berikut adalah senarai projek perumahan yang masih dibuka untuk permohonan:

  1. Residensi MH Platinum 2
  2. Laman Seri Harmoni (LSH33)
  3. Residensi Desa Sentralmas
  4. Residensi Vista Saujana
  5. Residensi Hijauan Pantai
  6. SkyAwani V
  7. Pangsapuri Vista Danau Kota
  8. Residensi Akasia Jubilee
  9. SkyAwani IV
  10. Residensi Laman Sari
  11. Apartmen Lili Petaling
  12. Residensi Inspirasi Setapak
  13. Residensi Wangsa Meranti

Untuk senarai penuh projek Residensi Wilayah, anda boleh melayari laman web Residensi WIlayah di https://residensiwilayah.kwp.gov.my/projek


Syarat Kelayakan Permohonan

Untuk membuat permohonan rumah mampu milik ini, beberapa syarat haruslah dipenuhi antaranya:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun ke atas
  3. Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
  4. Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000 (berkahwin)


Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan

  1. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu di portal Residensi Wilayah di https://residensiwilayah.kwp.gov.my/register
  2. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan sebelum membuat permohonan projek yang dibenarkan
  3. Pilih projek yang diminati
  4. Muat turun akuan bersumpah dan tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah
  5. Muat naik dokumen sokongan
  6. Sahkan profil dan dokumen sokongan
  7. *Pemohon perlu menyimpan dokumen permohonan "Hard Copy" sendiri untuk rujukan di masa hadapan

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan:


Cara Membuat Semakan Status Permohonan

Pemohon hendaklah log masuk ke laman web residensi wilayah di https://residensiwilayah.kwp.gov.my/ untuk menyemak status permohonan semasa

Tempoh sah laku permohonan adalah setahun dari tarikh permohonan dibuat dan status boleh disemak melalui akaun pemohon.


Maklumat Lanjut

Soalan lazim berkaitan Residensi Wilayah boleh klik DI SINI. Maklumat lanjut berkaitan permohonan dan semakan, anda boleh berhubung terus ke

Urus Setia RESIDENSI WILAYAH

Unit Residensi Wilayah,
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri WIlayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutan,
62100 Putrajaya.


Urus Setia RESIDENSI WILAYAH DBKL

Aras 25, Menara DBKL 1,
jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

Telefon: 03-26179154

Waktu Urusan: Isnin - Jumaat (9:30 Pagi - 4:30 Petang)
Waktu Rehat: Isnin - Khamis (1:00 Petang - 2:00 Petang), Jumaat (12:00 Tengahari - 3:00 Petang)
Sabtu & Ahad: Tutup

Faks: 03-8889 7640
Emel: urusetiaresidensiwilayah@kwp.gov.my

Post a Comment

0 Comments