Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT 2021 (RM500 / RM1000)




Berita baik untuk penduduk negeri Johor, Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) akan dibuka pada 15 Ogos hingga 28 Ogos 2021.

Permohonan ini dibuka kepada semua pelajar yang layak memohon.

Berikut dikongsikan syarat permohonan dan malumat lanjut di bawah. 


Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ.


Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah mnyediakan Skim Bantuan Pendaftaran bagi penuntut baharu sebanyak RM500 bagi peringkat Diploma dan RM1000 bagi Ijazah Sarjana Muda.

Kerajaan Johor berharap bantuan menerusi YPJ ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan kewangan anak-anak Johor yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpilih. 


Syarat Permohonan 

  1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor
  2. Permohonan layak untuk pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarajana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih.
  3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari IPT.
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih.
  5. Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga tidak melebihi RM4,000 sebulan dan RM4,001 hingga RM5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tmpoh pengajian.
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan dari agensi lain-lain.
  8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepad syarat serta kelulusan Pengurus Besar YPJ.

Dokumen Wajib

  1. Slip Pengesahan Permohonan "Skim Bantuan Pendaftaran"
  2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan IPTA
  3. Salinan Resit Pembayaran Yuran 
  4. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  5. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa atau penjaga
  6. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku
  7. Salinan Sijil Kematian / Penceraian
  8. Salinan Penyata Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga (slip gaji / penyata pendapatan)
  9. Sekiranya ibu bapa / penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) / tidak bekerja adalah wajib untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.
  10. Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai professional / Kategori A / Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi JKKK / yang setaraf dengannya.


Maklumat Lanjut

Peminjam boleh menghantar sebarang pertanyaan berkenaan Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor 2021 (YPJ 2021) di saluran berikut : 


Whatsapp

  • Pertanyaan Am : 013-7597 355 / 013-7791 355
  • Aduan Pelanggan : 013-7411 355
  • Bantuan Pendidikan : 013-7217 355 / 013-7290 355
  • Bayaran Balik Pinjaman : 011-1147 9753 / 011-1148 9753 / 018-8749 753

E-mel Rasmi 


info@ypj.gov.my


Klik Link : portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/ untuk syarat dan dokumen yang diperlukan.

Post a Comment

0 Comments