SJKP 2021 : Permohonan Rumah Skim Jaminan Kredit ~ Gaji RM1000 & Tanpa Slip Gaji Layak Memohon!
Tahukah anda walaupun anda hanya bergaji RM1,000 sebulan, tetapi anda mampu memiliki rumah sendiri dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)?
Berikut dikongsikan info yang lebih menarik bagi individu yang tidak berpendapatan tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dan lain-lain ,asih mampu memiliki rumah mereka dengan harga RM300 ribu ke bawah.
Apakah SJKP?
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
- Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dan lain-lain atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman sama dibenarkan.
- Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
- Pembelian rumah kediaman baru / di dalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
- Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
- Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
- Pembayaran bulanan kesemua pinjaman (65% daripada pendapatan kasar).
- Rekod tunggakan CCRIS (2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini).
- Tiada rekod-rekod nengatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.
Cara Membuat Permohonan
- Mengenal pasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
- Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Katogori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Pengulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
- Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertaniaan) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
- Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohon pembiayaan perumahan di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
Terma & Syarat Pembiyaan
- Jumlah Pembiayaan : Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000 (termasuk MRTA/MRTT)
- Jenis Pembiyaan : Pembiyaan Berjangka sahaja
- Tempoh : Sehinga 35 tahun atau usia permohonan 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.
- Kadar Faedah : Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan menawarkan pinjaman.
- MRTA / MRTT : Wajib
- Lain-lain : Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan.
Antara Institusi Kewangan Yang Terlibat

Post a Comment
0 Comments