Cara Mohon e-JanjiTemu Kaunter / Cawangan PTPTN 2021

Kaunter perkhidmatan PTPTN telah beroperasi di seluruh negara kecuali bagi negeri dan daerah yang masih dalam tempoh PKPD.

Dengan itu, pelanggan PTPTN boleh berurusan dengan lebih mudah dan selamat di kala pandemik Covid-19 sedang melanda negara kita. 

Berikut dikongsikan cara membuat janji temu online PTPTN. 


Apakah Itu e-JanjiTemu PTPTN? 


e-JanjiTemu PTPTN adalah kemudahan secara dalam talian (online) membolehkan pelanggan yang berhasrat untuk berurusan dengan pegawai PTPTN di kaunter Pejabat PTPTN Negeri atau Cawangan yang berdekatan membuat temujanji terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter berkenaan. 

Anda boleh membuat tempahan slot janji temu terlebih dahulu secara online sebelum hadir ke pejabat kaunter PTPTN iaiut sekurang-kurangnya sehari sebelum janji temu anda.


Waktu Operasi Kaunter Temujanji PTPTN


Waktu operasi kaunter PTPTN bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan kehadiran adalah hanya melalui janji temu yang telah dibuat sahaja.


Senarai Perkhidmatan Di Kaunter PTPTN


Hanya urusan yang disenaraikan di bawah sahaja yang boleh dilakukan di kaunter pada masa ini :

    1. Rundingan penstrukturan pinjaman
    2. Pendaftaran penama SSPN
    3. Permohonan penagguhan disebabkan masih belajar
    4. Penghantaran cek potongan gaji majikan / cek bendahari (pinjaman/simpanan) 
    5. Penghantaran borang pembatalan / pertukaran alamat / kemaskini nombor akaun.
    6. Tuntutan takaful pinjaman / SSPN dan pembatalan Direct Debit


Cara Membuat Janji Temu Online PTPTN


Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat janji temu online sebelum berurusan di kaunter PTPTN.

1. Sila layari laman web janji temu PTPTN pada pautan : https://ejanjitemu.ptptn.gov.my
2. Klik menu 'Tempah Slot Anda'.
3. Isikan maklumat janji temu.
4. Lengkapkan maklumat diri.
5. Semak maklumat diri dan janji temu yang telah diisikan sebelum membuat pengesahan.
6. Setelah temujanji berjaya, sila muat turun slip tempahan slot temujanji untuk dibawa ke kaunter pada hari yang ditetapkan. 











Maklumat Lanjut 


Hubungi saluran berikut untuk sebarang pertanyaan berkenaan temujanji PTPTN :

Post a Comment

0 Comments