Permohonan e-Appointment Bank Rakyat Secara Online 2021

Ketika anda ingin berurusan dengan Bank Rakyat, tapi terpaksa beratur panjang dan bersesak-sesak urusan anda akan menjadi lebih rumit dan kemungkinan anda akan membatalkan hasrat untuk berurusan pada masa itu. 

Anda tidak perlu risau lagi, kini Bank Rakyat telah memperkenalkan sistem e-Appointment bagi memudahkan urusan anda. Sekiranya anda ingin berurusan di Bank Rakyat anda kini boleh membuat temujanji Bank Rakyat Online terlebih dahulu.

Tapi bagaimana pula cara untuk membuat temujanji Bank Rakyat Online ni? Berikut dikongsikan cara-cara membuat temujanji secara online.


Apakah e-Appointment Bank Rakyat?


Janji Temu Elektronik (e-Appointment) merupakan platform yang membolehkan pelanggan membuat permohonan janji temu secara dalam talian untuk mendapatkan perkhidmatan di Cawangan Bank Rakyat pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan. 

Platform ini dilancarkan oleh Bank Rakyat sebagai langkah proaktif bank untuk memberi pengalaman pelanggan yang hebat (Great Customer Experience) serta menyokong inisiatif kerajaan untuk mengamalkan norma baharu. Memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat janji temu secara dalam talian dan mengurangkan tempoh masa menunggu di premis bank. 

Antara jenis perkhidmatan yang disediakan untuk temujanji adalah :
  • Ar-Rahnu
  • Transaksi Perbankan


Cara Tempah Slot Janji Temu Bank Rakyat Online (e-Appointment) 


Kepada anda yang ingin membuat temujanji, sila ikuti langkah-langkah berikut :


1. Layari laman web rasmi Bank Rakyat di pautan https://appointment.bankrakyat.com.my/

2. Klik Janji Temu Baharu
  • Pilih negeri anda berada
  • Pilih jenis perkhidmatan (Ar-Rahnu/Transaksi Perbankan)
  • Pilih perkhidmatan Anda Ingin (urusan yang ingin dilakukan) 

3. Pilih Cawangan
  • Pilih cawangan yang berhampiran dengan anda
  • Pilih tarikh dan masa

4. Informasi anda
  • Isi maklumat peribadi dengan lengkap pada ruangan yang disediakan

5. Pengesahan
  • Sila sahkan maklumat anda

6. Kemukakan bukti pengesahan janji temu atau nombor tempahan ketika hadir berurusan di cawangan Bank Rakyat 
  • SMS atau e-mel yang diterima oleh pelanggan


Semakan Janji Temu Bank Rakyat Online 


Sekiranya anda telah membuat temujanji, sila semak tempahan janji temu anda seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi Bank Rakyat di pautan https://appointment.bankrakyat.com.my/
  2. Klik semak janji temu
  3. Masukkan nombor tempahan Janji Temu (Booking Reference Number)
  4. Klik Search
  5. Informasi tempahan Janji Temu akan dipaparkan.


Maklumat Lanjut


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Temujanji Bank Rakyat Online, anda boleh :
  • Hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 80 5454
  • Media sosial Bank Rakyat (Instagram, Facebook dan Twitter)
  • FAQ Janji Temu Elektronik (KLIK SINI)

Post a Comment

0 Comments