Permohonan Diskaun Saman JPJ Sehingga 70% Bermula 18 Ogos - 16 September 2021


 

Berita baik bagi semua rakyat Malaysia, bermula 18 Ogos 2021 akan bermulanya diskaun 70% yang ditawarkan oleh JPJ bagi pembayaran saman. Menurut siaran media rasmi oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia itu, pemberian diskaun kepada orang ramai ini adalah bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia. 


Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang tawaran pengurangan atau diskaun 70% saman JPJ bagi bulan Kemerdekaan Malaysia tahun 2021 ini. 


CARA MEMOHON DISKAUN SAMAN JPJ 70% 


Pembayaran saman boleh dilakukan melalui saluran berikut: 

  • Semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan & UTC
  • Kiosk JPJ
  • Portal MySikap

Orang ramai digalakkan untuk melakukan pembayaran saman mereka melalui portal MySikap secara dalam talian (online). Hal ini adalah bertujuan untuk memudahkan kerja kita dan tidak memudaratkan orang awam sekaligus ia dapat mengelakkan kesesakan di kaunter. 

Berikut dikongsikan kenyataan penuh pihak JPJ dan cara melakukan semakan dan bayaran saman secara online. 


CARA BUAT SEMAKAN SAMAN JPJ

Untuk melakukan semakan saman JPJ secara online, sila layari Portal Rasmi JPJ di pautan berikut:

Sila tekan butang Pilihan Carian dan pilih sama ada anda ingin membuat semakan mengikut:
  • No ID
  • No ID dan No Kenderaan

Pilih kategori ID dan taipkan Kod Sekuriti yang telah dipaparkan. Saman JPJ akan dipaparkan sekiranya ada. 

CARA MEMBUAT BAYARAN SAMAN & DISKAUN 70% TAHUN 2021

Untuk membuat bayaran saman online melalui MySikap, sila ikuti langkah berikut: 
  1. Layari Portal MySikap - klik DI SINI
  2. Sekiranya ada ID, anda boleh login seperti biasa. Jika anda masih belum mempunyai ID, sila klik daftar/log masuk kali pertama. 
  3. Setelah berjaya login, pilih menu Kesalahan dan Penalti.
  4. Tekan butang Cari untuk lihat saman yang ada. 
  5. Paparan saman akan ditunjukkan. Lihat pada status kompaun, Boleh Dikompaun bermaksud boleh dibayar. 
  6. Bila sudah klik pada kotak kecil, jumlah saman akan dipaparkan. 
  7. Pilih kaedah pembayaran. 
  8. Buat pembayaran dan teruskan proses pembayaran sehingga selesai. 
  9. Tekan butang Teruskan dan masukkan nombor TAC sehingga berjaya.
  10. Resit akan dipaparkan apabila proses pembayaran selesai. 

Sila rujuk langkah bergambar di bawah ini:

LANGKAH 1: LOG MASUK



LANGKAH 2: PILIH MENU KESALAHAN & PENALTI



LANGKAH 3: LIHAT BUTIRAN SAMAN


Sekiranya anda ingin melakukan semakan saman dan bayaran untuk orang lain, sila pilih nombor pengenalan lain di sebelah kanan. 

LAGKAH 4: BUTIRAN SAMAN



LANGKAH 5: PILIH KAEDAH PEMBAYARAN



LANGKAH 6: TERUSKAN PEMBAYARAN


BAYARAN SAMAN SECARA MANUAL

Bayaran dan diskaun saman JPJ 70% bagi tahun 2021 ini juga boleh didapatkan melalui pembayaran di kaunter-kaunter. 

Untuk memudahkan dan menjimatkan masa anda daripada beratur panjang, anda boleh menggunakan aplikasi JPJeQ yang merupakan aplikasi nombor giliran bagi kegunaan cawangan JPJ seluruh Malaysia. 



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jpj.gov.my/ atau talian hotline JPJ di 03 8000 8000. Sebarang pertanyaan lanjut juga boleh diajukan melalui: 

Jabatan Pengangkutan Jalan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Aras 3-5, No.26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya.








Post a Comment

0 Comments