NADMA : Permohonan Bantuan RM5000 Untuk Waris Korban Covid-19 (2021)


Kerajaan telah menyediakan bantuan khas "one-off" sebanyak RM5000 untuk diberikan kepada waris pesakit Covid-19 yang meninggal dunia melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). 

Pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah memaklumkan bantuan pengurusan kematian Covid-19 ini akan diberikan kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan. 

Bantuan khas ini hanya layak untuk kematian pesakit berstatus warganegara sahaja dengan syarat permohonan mestilah dibuat oleh waris. 

Waris kepada pesakit Covid-19 yang meninggal dunia digesa segera membuat permohonan tuntutan wang ihsan RM5000 dari Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, pihaknya tidak boleh menyalurkan bantuan tersebut sekirannya tiada permohonan yang dibuat oleh mana-mana waris pesakit. 




Hanya pengesahan kematian berkaitan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  sahaja yang terpakai untuk permohonan ini. Syarat lain adalah hanya seorang waris saja yang layak menerima bantuan khas ini dan pihak NADMA akan mempertimbangkan permohonan pertama saja jika lebih satu permohonan diterima. 


Cara Penghantaran Borang Permohonan 


Permohonan lengkap boleh dihantar melalui kiriman pos kepada Ketua Pengarah NADMA di alamat
  • Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Blok D5, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502, Putrajaya.

Kaedah lain boleh dilakukan dengan menghantar e-mel ke alamat :
  • bkcovid19@nadma.gov.my

Penghantaran melalui aplikasi Whatsapp ke nombor
  • 011-13218056


Garis Panduan Bantuan Khas Covid-19 NADMA




Borang Permohonan Bantuan Khas 






Maklumat Lanjut


Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan bantuan ini boleh layari laman web rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara di pautan :  http://www.nadma.gov.my

Post a Comment

0 Comments