Permohonan Bantuan Khas Guru Tadika Fasa 2 ~ Lebih 3,000 Kuota Permohonan Masih Belum Diisi / Permohonan Dibuka Sekarang!

Seramai 3,000 guru Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tadika) di Selangor masih belum memohon bantuan RM150 'one-off' yang ditawarkan kerajaan negeri bagi meringankan beban golongan itu yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, permohonan fasa kedua bermula 15 Ogos 2021 akan dibuka bagi memastikan peruntukkan bantuan ini dimanfaatkan sepenuhnya. 

Berikut dikongsikan lebih lanjut berkenaan bantuan ini untuk makluman bersama. 


Bantuan Khas Guru Tadika RM150


Pada 9 Jun, Ketua Menteri Selangor telah mengumumkan bantuan 'one-off' RM150 kepada Guru Tadika manakala RM450 kepada 1,018 pengusaha melibatkan peruntukkan RM1.99 juta di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Bantuan ini bertujuan bagi meringankan beban golongan pendidik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Dari sasaran 10,197 guru tadika yang bakal menerima manfaat ini, sebanyak 7,177 telah mengemukakan permohonan bantuan fasa pertama.

Permohonan fasa kedua bermula 15 Ogos 2021 akan dibuka bagi memastikan peruntukkan bantuan ini dimanfaatkan sepenuhnya.



Cara Membuat Permohonan 


Inisiatif yang menyasarkan 10,197 guru ini boleh dimohon menerusi Persatuan Tadika Berdaftar dan Pejabat Pendidikan Daerah.


Kadar Bantuan


Jumlah bantuan ini ialah sekali bayar RM150 (one-off) kepada guru tadika di Selangor.


Tarikh Permohonan


Permohonan fasa kedua bagi bantuan ini akan dibuka mulai 15 Ogos sehingga 6 September.


Maklumat Lanjut


Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.amirudinshari.com/kitaselangor2


Sila kongsikan info bantuan ini agar dapat meringankan beban para pendidik yang sangat berjasa besar dalam pembangunan insan negeri ini.

Post a Comment

0 Comments