MBSB Online Banking: Cara Daftar & Semak Baki Online Bank Online


MBSB bank merupakan sebuah bank yang menjalankan sistem perbankan Islam di Malaysia dan telah diberikan lesen oleh BNM dan dikawal selia dibawah akta perkhidmatan kewangan Islam pada tahun 2013.

MBSB juga menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan seperti Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Deposit Bertempoh, Pembiayan Peribadi, Pembiayaan Hartanah dan lain-lain. 

Dan seperti bank-bank yang lain, MBSB telah memperkenalkan perkhidmatan online banking untuk kemudahan pengguna. Oleh itu, kami dari Salam Kerjaya akan berkongsi dengan anda cara-cara untuk mendaftar MBSB Online Banking.


Cara Buka Akaun Bank MBSB

Untuk membuka akaun bank MBSB, anda perlu ke cawangan MBSB yang terderkat dengan membawa kad pengenalan dan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh MBSB dari semasa ke semasa. Minimum untuk membuka akaun adalah RM20 bagi WIse Saver Saving Account-i dan minimum yang perlu disimpan dalam akaun bank adalah rm10.




Cara Mendaftar MBSB Online Banking

1. Untuk membuka akaun MBSB Online Banking, anda terlebih dahulu perlu menyediakan:

  1. Nombor kad debit/kredit
  2. No PIN kad debit/kredit
  3. No Telefon yang telah didaftarkan

2. Kemudian buka laman web MBSB Online Banking di https://www.mbsbjourney.com/rib/

3. Klik pada NEW USER? REGISTER HERE




4. Kemudian anda boleh bilih sama ada Debit Card atau Financing Account



5. Jika anda pilih Debit Card, anda perlu:

  1. Masukkan No Kad Debit Kad anda
  2. Masukkan No PIN 6 digit yang telah didaftarkan
  3. Masukkan Captcha yang tertera
  4. Tekan NEXT untuk isikan maklumat-maklumat anda 


6. Sekiranya anda pilih Financing Account:

  1. Masukkan Financing Account No anda
  2. Pilih ID Type - sekiranya pilih new IC
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda
  4. Masukkan Captcha yang tertera
  5. Tekan NEXT untuk isikan maklumat-maklumat anda 


7. Kemudian ikuti langkah seterusnya sehingga pendaftaran anda berjaya.


Cara Log Masuk ke MBSB Online Banking

  • Layari laman web MBSB Online Banking di https://www.mbsbjourney.com/rib/
  • Masukkan USERNAME dan tekan LOGIN
  • Gambar keselamatan anda akan dipaparkan dan jika betul klik YES
  • Masukkan kata laluan dan LOGIN
  • Kini anda sudah boleh gunakan MBSB Online Banking seperti biasa.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh layari laman web rasmi MBSM di https://www.mbsbbank.com/ atau hubungi perkhidmatan pelanggan di 03-2096 300 atau emel ke enquiry@mbsbbank.com

Post a Comment

0 Comments