Cara Mudah Aktifkan Semula Akaun Tabung Haji Yang Dorman Lebih 7 Tahun

Pendeposit Tabung Haji (TH) yang tidak melakukan sebarang transaksi melebihi 7 tahun akan diketegorikan sebagai tidak aktif atau berstatus dorman. 

Walaubagaimanapun, simpanan yang terdapat di dalam akaun dorman masih boleh dituntut dan dibayar kepada pendeposit apabila akaun mereka diaktifkan semula.

Berikut dikongsikan cara mengaktifkan semula akaun Tabung Haji anda yang telah dorman.


Maksud Akaun Tabung Haji Dorman (Tidak Aktif)


Jika akaun Tabung Haji anda tidak aktif melebihi tempoh 7 tahun, akaun anda akan menjadi akaun dorman.

Namun begitu, sekiranya pendeposit ada membuat pendaftaran haji, akaun tersebut akan kekal aktif walaupun tiada sebarang transaksi dilakukan melebihi 7 tahun. 

Semakan status akaun boleh dilakukan melalui Tabung Haji Contract Centre (THCC) di talian 03-62071919 atau hadir terus ke Cawangan Tabung Haji.


Cara Pengaktifan Semula Akaun Tabung Haji Dorman


Penting bagi akaun pendeposit TH yang berstatus aktif supaya mereka terus menikmati manfaat menyimpan di TH seperti, simpanan dijamin kerajaan, mendapat agihan keuntungan, zakat dibayar, patuh syariah, dikecualikan cukai dan berpeluang menyertai kempen simpan, daftar dan menang. 

Jika anda berhasrat untuk mengaktifkan semula akaun Tabung Haji anda, sila rujuk langkah berikut : 

1. Hadir ke mana-mana pejabat cawangan Tabung Haji.
2. Sila bawa kad pengenalan anda.
3. Pendeposit perlu membuka akaun baru.
4. Wang simpanan dari akaun tidak aktif akan dipindahkan ke akaun baru.





Bagaimana Mengelakkan Akaun Tabung Haji Daripada Tidak Aktif


Anda boleh mengelakkan akaun berstatus tidak aktif atau dorman ini dengan melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi atau pengeluaran wang dalam tempoh 7 tahun berturut-turut. 

Transaksi boleh dilakukan melalui saluran berikut : 

  • Kaunter Tabung Haji
  • Uniteller
  • Mesin ATM / CDM
  • Perbankan internet / THiJARI




Maklumat Lanjut

Untuk info yang lebih lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Tabung Haji di pautan www.tabunghaji.gov.my/ atau hubungi 03 6207 1919 atau tanyakan soalan melalui saluran berikut :

Media sosial Tabung Haji

Post a Comment

0 Comments