Semakan Bantuan RM100 Barangan Dapur Selama 3 Bulan

Progam PRIHATIN Kasih merupakan inisiatif kerajaan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang akan dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan Yayasan Hasanah.  

Dengan pelaksanaan program ini, keluarga di bandar yang kurang berkemampuan di seluruh negara bakal menerima bantuan RM100 sebulan selama 3 bulan menerusi Program PRIHATIN Kasih yang diterajui oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Sasaran utama pelaksanaan program ini adalah untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang amat terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. 

Menerusi program ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi pelaksanaan program bantuan ini yang dijangka memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara. 



Apakah Program PRIHATIN Kasih? 


Program PRIHATIN Kasih adalah bantuan yang disalurkan kepada isi rumah miskin bandar melalui kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad. 

Penerima yang layak akan menerima elaun sebanyak Rm100 sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka. 

Elaun tersebut kemudian boleh digunakan untuk membeli barangan makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya. 


Lokasi Pembelian


Penerima  yang layak boleh membeli barangan keperluan asas di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara seperti : 
  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • Kedai-kedai runcit yang terpilih


Bulan Pelaksanaan 


  • Julai - September 2021 : Selangor & Kuala Lumpur
  • Ogos - September 2021 : Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka & Terangganu
  • September - November 2021 / Oktober - Disember 2021 : Negeri Sembilan, Labuan, pahang, Putrajaya, Sabah & Sarawak


Cara Membuat Semakan


  • Layari laman web MyKasih 
  • Masukkan No Kad Pengenalan Dan Captcha
  • Tekan butang "Semak Status" 
  • Keputusan kelayakan akan dipaparkan
  • Penerima yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka.
  • Penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.


Maklumat Lanjut


Sebarang permasalahan dan pertanyataan berkaitan Program PRIHATIN Kasih, anda boleh layari laman web MyKasih 

Post a Comment

0 Comments