Syarat Kelayakan & Cara Memohon Bantuan Moratorium PKP 3.0 Untuk B40, M40 & T20

Melalui Perutusan Khas Perdana Menteri pada 31 Mei yang lalu, telah diumumkan beberapa jenis bantuan untuk seluruh rakyat Malaysia termasuklah bantuan moratorium PKP 3.0. Bantuan moratorium ini adalah merupakan bantuan yang meliputi semua golongan terjejas terutamanya kepada golongan B40.
Kami akan kongsikan kepada anda semua dengan lebih lanjut tentang bantuan moratorium yang boleh dimohon dalam tempoh PKP 3.0.
MORATORIUM PKP 3.0 JUGA DIBUKA UNTUK M40
Dalam sebuah makluman terkini, Tengku Zafrul telah memaklumkan bahawa golongan M40 juga layak untuk menerima bantuan moratorium.
Menurut Tengku Zafrul, jika anda telah kehilangan pekerjaan, tidak kira anda adalah merupakan golongan M40 atau T20, anda adalah layak untuk menerima moratorium secara automatik. Jika anda mengalami pengurangan pendapatan, tidak kiralah sama ada anda adalah golongan M40 dan T20, anda juga layak untuk menerima pengurangan ansuran bulanan.
DUA KATEGORI PENERIMA BANTUAN MORATORIUM PKP 3.0
Berikut adalah merupakan 2 kategori pemohon yang layak untuk menerima bantuan moratorium:

KATEGORI 1:
- Golongan peminjam seperti individu yang kehilangan pekerjaan (B40, M40 & T20)
- Golongan B40 (para penerima BSH atau BPR)
- Perniagaan mikro dan PKS dalam sektor yang tidak dibenarkan untuk beroperasi akibat PKP (locked down sectors)
- Moratorium automatik selama 3 bulan atau
- Pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan secara automatik.
KATEGORI 2:
- Peminjam yang mengalami pengurangan pendapatan (B40, M40 & T20)
Post a Comment
0 Comments