Permohonan & Semakan Bantuan Orang Tua RM500 Sebulan 2021

 


Pihak kerajaan tidak pernah sesekali pun menyisihkan warga emas sebaliknya tetap dan terus menyediakan pelbagai bantuan kepada warga emas seperti kemudahan rumah kebajikan orang tua dan juga wang ringgit. 


Oleh sebab itu, pihak kerajaan telah memperkenalkan Skim Bantuan Orang Tua (BOT) untuk membantu warga emas di mana mereka akan menerima bantuan sebanyak RM500 setiap bulan. Sila ikuti segala perkongsian dan maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan ini yang telah pasukan Salam Kerja sediakan di bawah ini.


SYARAT KELAYAKAN


Antara syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia. 
  • Pemohon mestilah berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Pemohon sudah tidak mempunyai sumber pendapatan untuk menyara kehidupan.
  • Tiada ahli keluarga ataupun mempunyai ahli keluarga tetapi tidak mampu untuk memberikan sumbangan. 
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa. 
  • Pemohon tidak tinggal di mana-mana institusi yang diseliakan oleh JKM.
  • Tidak tinggal di pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma. 

Namun begitu, pemohon masih layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan dengan kelulusan KPKM sekiranya tidak memenuhi kelayakan di atas untuk mana-mana kes yang tertentu dan bekeperluan sahaja. 


CARA MEMOHON BANTUAN BULANAN WARGA EMAS

Untuk makluman, terdapat dua cara untuk anda memohon bantuan ini iaitu secara online dan terus ke pejabat JKM. Berikut adalah merupakan cara permohonan bantuan warga emas secara online melalui portal eBantuan JKM:
  • Sila layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) - klik DI SINI
  • Klik daftar permohonan atas talian.
  • Klik daftar permohonan.
  • Pilih negeri pemohon.
  • Masukkan nombor kad pengenalan pemohon. 
  • Klik daftar.
  • Isikan maklumat pendapatan seperti yang diminta
  • Isikan maklumat keperluan bulanan
  • Klik keputusan.

Permohonan anda sudah berjaya dihantar secara online namun prosesnya belum siap sepenuhnya. 

Anda dikehendaki untuk hadir ke Pejabat JKM mengikut daerah mana yang mohon dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan yang anda lakukan secara online. Sekiranya anda gagal hadir ke pejabat JKM, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik. 

Selain itu, sila bawa bersama dokumen berikut semasa ke pejabat JKM:
  • Salinan MyKad/Kad Pengenalam Pemohon
  • Salinan MyKad/Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU/slip pendaftaran sementara OKU (Jika kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Salah satu bil utiliti (air/elektrik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/terlantar/kronik/alat tiruan)


CARA SEMAK PERMOHONAN

Anda boleh melakukan semakan status permohonan anda tadi secara online:
  • Sila layari portal rasmi JKM - klik DI SINI
  • Klik semakan status permohonan online
  • Masukkan nombor kad pengenalan pemohon
  • Ikuti segala langkah seperti yang dipaparkan untuk melihat keputusan.


Post a Comment

0 Comments