Bantuan Tambahan RM1000 Secara One-Off Jun 2021 ~ Mohon Sekarang!



Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 telah diperkenalkan semula oleh pihak kerajaan bagi tujuan menyokong sektor perniagaan khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro tempatan. Hal ini adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan PKS mikro agar dapat membantu mereka semula untuk membangunkan perniagaan dalam tempoh masa yang penuh dengan cabaran ini. 


Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan GKP 3.0 ini. 


APA ITU BANTUAN GKP 3.0?


Untuk makluman anda, GKP 3.0 adalah merupakan bantuan kewangan kepada para Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada para penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi tujuan meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan. 


BACA JUGA: Permohonan Bantuan JKM RM1000 Sebulan 2021


SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN GKP 3.0 2021?


Kelayakan dan nilai bantuan GKP 3.0 adalah seperti berikut: 

  • Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 - RM1,000 (one-off)
  • Lulus permohonan baru GKP 3.0 - RM1,000 (one-off)

TARIKH PEMBAYARAN GKP 3.0

Para pemohon boleh melakukan semakan keputusan permohonan bermula pada awal bulan Jun 2021 melalui portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my/ . Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. 

APA PERBEZAAN GKP PERMAI & GKP 3.0?



MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan status permohonan GKP 3.0 boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1100 (Luar Negara). Rujuk soal jawab berkaitan GKP 3.0 DI SINI

Post a Comment

0 Comments