Kerajaan Umum Bantuan RM1,000 Untuk Golongan Belia Umur 18-30 Tahun 2021

 


Berita baik buat semua, bermula pada 1 Januari 2021 setiap para majikan yang mempunyai pekerja yang tergolong dalam golongan belia yang mana berumur antara 18 hingga 30 tahun layak untuk memohon insentif sebanyak RM1,000 menerusi Program Perantisan di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0.


Oleh itu, insentif ini akan memberikan peluang kepada golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menambah pengalaman dalam bekerja bagi meningkatkan mutu kemahiran melalui on-the-job-training. 


Kali ini pasukan Salam Kerjaya akan berkongsikan kepada anda semua tentang bantuan RM1,000 ini dengan lebih lanjut. Semoga bermanfaat.


APAKAH ITU PENJANA KERJAYA 2.0?


Untuk makluman, Penjana Kerjaya adalah merupakan sebuah program yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Sumber Manusia atau dikenali sebagai PERKESO bagi membuka peluang menambah pengalaman bekerja dalam jangka masa pendek sepenuh masa selama 3 bulan kepada golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai kerja tetap. 


TUJUAN PROGRAM PENJANA KERJAYA 2.0


Tujuan utama Program Penjana Kerjaya 2.0 bagi meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam alam pekerjaan melalui latihan on-the-job-training. Perkara ini juga sekaligus meningkatkan lagi kebolehpasaran golongan ini. 


BANTUAN PERANTISAN RM1,000


Bantuan yang bakal diterima oleh majikan / perantis melalui program ini:

  • Bayaran RM1,000 kepada para majikan yang mempunyai lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
  • Tempoh bayaran yang diberikan selama 3 bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan juga. 
  • Gaji / Elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan. 
  • Pihak majikan diberikan peluang untuk memohon hanya satu kursus latihan saja bagi perantis dengan kos maksimum sehingga RM4,000.
  • Para pekerja juga layak untuk mendapat elaun kesedian kerja / insentif.

SYARAT KELAYAKAN
  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Lepasan sekolah / graduan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun.
  • Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap. 
  • Belia yang pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun. 

MAKLUMAT TAMBAHAN
  • Syarikat perlulah berdaftar terlebih dahulu dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs. 
  • Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu membuat caruman dengan pihak PERKESO.
  • Pihak majikan hanya layak memohon 3 bulan insentif Penjana Kerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis tersebut diserap masuk sebagai pekerja tetap. 

TARIKH PERMOHONAN
  • Bermula pada 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021 ini. 

CARA MEMOHON

Bagi para majikan yang berminat boleh lakukan permohonan secara atas talian melalui laman web https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php 

Kepada para belia yang ingin menyertai Program Perantisan, anda boleh mendaftarkan diri sebagai pengguna dan isi setiap maklumat bagi melakukan permohonan melalui program yang ditawarkan di portal rasmi MyFutureJobs. 

Post a Comment

1 Comments