Permohonan Bantuan JKM RM1000 Sebulan 2021



Berikut adalah cara untuk melakukan permohonan Bantuan JKM Sehingga RM1,000 Sebulan mengikut kelayakan dan jenis bantuan yang anda mohon! 


Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengotakan janji untuk menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan termasuk untuk golongan OKU. 


Untuk makluman, kenaikan ini adalah kerana mengambil kira pada keadaan ekonomi serta kos sara hidup semasa. 


SENARAI BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 2021



Bantuan JKM ini diberikan kepada mereka yang layak sahaja selepas melalui proses siasatan untuk penilaian bagi tujuan meringankan beban penerima bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup lebih-lebih lagi di dalam situasi pandemik seperti sekarang ini. 


Berikut adalah merupakan senarai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang anda boleh mohon buat masa ini: 



Jumlah bantuan yang dinyatakan di atas adalah yang akan diberikan setiap bulan. 


BACA JUGA: Bantuan RM800 Untuk Individu Yang Belum Bekerja Tahun 2021


CARA MEMOHON BANTUAN JKM 2021

Bagi anda yang memerlukan bantuan ini, anda dikehendaki untuk terus pergi ke mana-mana Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. 


Setiap permohonan yang dibuat akan dijalankan siasata untuk tujuan penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada para pemohon. Urusan ini adalah bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak. 


Untuk memudahkan segala urusan, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian:

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

Anda boleh download borang berkaitan di bawah ini: 



1. JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) - Download
2. Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 - Download

Post a Comment

0 Comments