[TERKINI] : Cara Semakan Baki Bayaran BPR Bujang & Isi Rumah Tahun 2021



Untuk makluman, pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 telah pun selesai. Bagi BPR Fasa 2 dan 3, berapa pula bayaran yang akan diterima? Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan cara semakan baki bagi bayaran BPR Fasa 2 dan 3. 


SEMAKAN KADAR BAKI BAYARAN MENGIKUT FASA


Bagi mereka yang telah lulus permohonan, bayaran BPR 2021 dijangka akan dibuat dalam 3 fasa iaitu:

  • Fasa 1 - Februari 2021
  • Fasa 2 - Mei 2021
  • Fasa 3 - September 2021

Nilai bantuan yang akan diperolehi adalah bergantung dengan kategori kelayakan iaitu:

BUJANG BERPENDAPATAN BAWAH RM2,500
  • 21 tahun ke atas RM350

ISI RUMAH BERPENDAPATAN BAWAH RM2,500
  • 1 orang anak RM1,200 (Baki RM900)
  • 2 orang anak atau lebih RM1,800 (Baki RM1,500)

ISI RUMAH BERPENDAPATAN ANTARA RM2,001 - RM4,000
  • 1 orang anak RM800 (Baki RM500)
  • 2 orang anak atau lebih RM1,200 (Baki RM900)

ISI RUMAH BERPENDAPATAN ANTARA RM4,001 - RM5,000
  • 1 orang anak RM500 (Baki RM200)
  • 2 orang anak atau lebih RM750 (Baki RM450)
Telah dibayar RM300, baki bagi pembayaran Fasa 2 dan 3 ini dibahagikan secara sama rata. 

SOALAN LAZIM

Bila duit BPR dikreditkan ke dalam akaun bank?
  • Dijangka awal bulan Mei 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila lakukannya dengan menghubungi talian seperti berikut:
  • Portal Rasmi BPR LHDNM : https://bpr.hasil.gov.my/ atau
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 Pagi - 5.00 Petang) atau
  • Hadir sendiri ke cawangan LHDNM yang berhampiran dengan kawasan anda. 

Post a Comment

0 Comments