Info Semasa
Permohonan Rayuan BPR Fasa 2
Seperti yang telah diketahui umum, pembayaran BPR Fasa 2 telah dilakukan bermula 7 - 12 Mei yang lalu dan diikuti dengan pembayaran tunai yang bermula kelmarin 17 Mei. Namun begitu, masih ada yang mengeluh disebabkan tidak lulus dan gagal kredit.
Oleh itu, kami dalam Salam Kerjaya akan berkongsi cara untuk membuat rayuan BPR Fasa 2.
SEBAB & ALASAN TIDAK LULUS
Berdasarkan maklumat dari LHDN, kelayakan untuk bantuan ini adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021. Berikut antara alasan kenapa seseorang tidak layak:
- 05 - Maklumat pengenalan pasangan perlu pegesahan
- 12 - Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
- 36 - Pemohon / Pasangan Merupakan Penerima GKP
- 31 - Status perkahwinan perlu pengesahan
- 39 - Semakan pendapatan yang dilaporkan melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan
RAYUAN BPR FASA 2
Untuk pengetahuan anda, permohonan rayuan BPR Fasa 2 akan mula dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021. Kepada mereka yang telah ditolak permohonannya, mereka perlu kemukakan borang rayuan dan sertakan sekali dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM .
- Permohonan rayuan BPR Fasa 2 adalah seperti berikut:
- Masuk ke portal rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
- Klik pada ikon "Rayuan" (Bermula 15 Jun 2021)
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik pada butang carian
- Ikuti langkah berikutnya
- Pastikan anda kemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kos alasan tidak lulus BPR Fasa 2
Post a Comment
0 Comments