Jumlah Bayaran & Bayaran Tambahan RM500 BPR Fasa 2 Tahun 2021
Adakah anda tahu berapa baki bayaran yang akan diterima oleh para penerima BPR setelah bayaran fasa pertama dilakukan? Jika anda belum tahu, ikuti perkongsian yang pasukan Salam Kerjaya telah sediakan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan anggaran baki yang akan diterima pada fasa kedua nanti.
ANGGARAN BAYARAN BPR FASA KEDUA
1. Bujang, OKU
(Nilai Bantuan RM350) - Fasa 1 telah diterima (RM150)
Baki : RM200
2. Isi Rumah RM2,500 ke bawah
Tanggungan <= 1 Anak
(Nilai Bantuan RM1,200) - Fasa 1 telah diterima (RM300)
Baki : RM900
Tanggungan => 2 Anak
(Nilai Bantuan RM1,800) - Fasa 1 telah diterima (RM300)
Baki RM1,500
3. Isi Rumah RM2,501 - RM4,000
Tanggungan <= 1 Anak
(Nilai Bantuan RM800) - Fasa 1 telah diterima (RM300)
Baki RM500
Tanggungan => 2 Anak
(Nilai Bantuan RM1,200) - Fasa 1 telah diterima (RM300)
Baki RM900
4. Isi Rumah RM4,001 - RM5,000
Tanggungan <= 1 Anak
(Nilai Bantuan RM500) - Fasa 1 telah diterima (RM300)
Baki RM200
Tanggungan => 2 Anak
(Nilai Bantuan RM750) - Fasa 1 telah diterima (RM300)
Baki RM450

BAYARAN TAMBAHAN BPR RM500
Untuk makluman, pihak kerajaan sebelum ini telah mengumumkan melalui program PEMERKASA yang mana bayaran tambahan sebanyak RM500 akan diberikan kepada penerima B40 yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah serta mereka yang hilang pendapatan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila lakukannya melalui saluran berikut:
Portal Rasmi BPR LHDNM : https://bpr.hasil.gov.my/ ATAU
Hubungi LHDNM : 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 Pagi - 5.00 Petang) ATAU
MoF : 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi : 9.00 Pagi - 5.00 Petang) ATAU
Hadir sendiri ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM
Post a Comment
0 Comments