Bantuan Telefon Pintar RM300 Untuk B40 Tahun 2021


 

Berita baik buat semua rakyat Malaysia, kini anda boleh menuntut Bantuan PEMERKASA Telefon Pintar sebanyak RM300 setiap seorang. 


Kepada mereka yang layak, sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua. 


BANTUAN RM300 TELEFON PINTAR


Melalui Belanjawan 2021 dan Bantuan PEMERKASA sebelum ini, pihak kerajaan telah mengumumkan berkaitan dengan penambahbaikan untuk Bantuan Telefon Pintar daripada RM180 kepada nilai baru iaitu sebanyak RM300. 


Untuk makluman, pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2 bilion dan ianya akan dilancarkan pada awal bulan Mei ini khas untuk golongan isi rumah yang mempunyai anak yang bersekolah bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu. 


Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi kepada golongan B40 dan M40. 


CARA MEMOHON


Untuk pengetahuan anda semua, mereka yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan mendapat bantuan ini secara automatik. Anda hanya perlu melakukan penebusan di syarikat telekomunikasi masing-masing sebelum 31 Julau 2021. 


Diharapkan agar bantuan yang diberikan ini mampu untuk membantu meringankan serba sedikit keadaan ekonomi masyarakat Malaysia yang terjejas teruk berikutan daripada penularan wabak pandemik Covid-19 ini. 


 

Post a Comment

0 Comments