Bantuan RM500 Untuk Golongan B40 & Penerima BPR Tahun 2021




Untuk makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Bantuan Tambahan sebanyak RM500 untuk golongan B40 dan penerima BPR melalui program PEMERKASA. 


BANTUAN RM500 UNTUK B40 & PENERIMA BPR


Untuk makluman anda, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau lebih dikenali sebagai PEMERKASA telah pun diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi tujuan membantu golongan B40 yang masih terjejas dan berumur 21 hingga 60 tahun sepanjang PKP ini. 


Bantuan Khas Tambahan RM500 ini akan diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah dan juga mereka yang telah kehilangan punca pendapatan (pekerjaan). 


SYARAT KELAYAKAN


Antara syarat kelayakan untuk menerima bantuan tambahan RM500 ini adalah seperti berikut:

  • Rakyat Malaysia yang berumur 21 hingga 60 tahun.
  • Terdiri daripada golongan B40
  • Para penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah atau;
  • Kehilangan punca pendapatan.

CARA MEMOHON

Untuk pengetahuan anda, bagi bantuan ini tidak terdapat sebarang proses permohonan dan pendaftaran yang perlu anda lakukan. 

Sebaliknya, pihak kerajaan akan melakukan pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO. Bagi mereka yang layak, mereka akan mula menerima pembayaran bermula pada Jun 2021 yang akan dimasukkan secara terus ke akaun masing-masing. 


Post a Comment

0 Comments