Pemuda Dari Sabah Ini Kongsikan Tips Agar Tidak Stres Di Tempat Kerja.




Setiap yang bekerja pastinya ingin merasakan suasana yang seronok ketika di tempat kerja. Pemuda dari Sabah ini berkongsi beberapa tips yang mungkin boleh di lakukan di tempat kerja.

Bah di sini aku akan kongsikan kepada kamu semua supaya kurang sikit stres di tempat kerja.


1. Cari Kawan Yang Rapat Atau Sekepala.


Sumber : Google


Ok di sini aku ingin kongsikan, kalau boleh di tempat kerja tu, cubalah bah untuk rapat dengan staf manalah tau kebetulan sekepala dengan kau. 


Semua benda boleh dibuat bersama-sama. Buat kerja sama-sama, main game sama-sama, escape kerja sama-sama (ni main-main ok, jangan ambil serius haha!).


2. Hias Meja Kerja.


Sumber: Rukita


Pejabat ibarat rumah kedua sudah bagi yang berkerja kerana seharian kau akan menghabiskan waktu di tempat kerja. Cubalah bah untuk hias meja kerja tu, ni tidak beselerak sana-sini, sudahlah di rumah stres, di tempat kerja pun stres. Waish double stres jo kau dapat. 


Tapi janganlah pula over bah kau menghias meja kerja mu. Kau bekerja ka atau main-main nah. 


3. Lakukan Sesuatu Yang Anda Suka.


Sumber : istockphoto


Sini aku mahu tekankan betul-betul!. Lakukan sesuatu yang kau suka tidak bermaksud bos mu suruh kau buat kerja ini, tapi kau buat kerja lain pula. Silap-silap esok ada sudah notis 24 jam atas meja mu.


Maksud dia di sini, kan ada waktu rehat, masa rehat tu pergilah jalan-jalan sekejap. Bagi rehat sikit otak tu, telampau banyak berfikir makin banyak rambut putih mu silap-silap boleh botak kepala mu..


4. Buat Benda Baru.


Sumber: Campaignlive


Tahulah bah kau stres bekerja. Ini sampai kau bekerja pun nda sudah kau jumpa dengan staf dan kawan-kawan mu yang lain. 


Cuba untuk bercakap dengan dorang. Bergaul supaya kurang stresmu ingat pasal kerja jak.


5. Elak Semua Yang Negatif.


Sumber: Forbes


Ini lagi satu, aku mahu bagitau kita hidup di dunia ni bukan untuk puaskan sesiapa melainkan hanya untuk diri sendiri, kluarga dan yang tersayang. done dakwah. ecececeh


Kalau ada benda negatif yang kau dengar pasal diri kau, janganlah kau peduli, dorang tu iri dengan kau sebab kau lagi maju dari dorang. 


Kalau boleh apa dorang mahuu cakap, cakaplah, yang penting ko buat hal mu sendiri.


6. Buang Masalah Peribadi.


Sumber : hellodoktor


Ok ini kena ingat!. Hal di rumah jangan sesekali bawa ke tempat kerja. Kau bergaduh dengan bini mu di rumah, dengan keluarga dan kawan mu, janganlah bah kau campur adukkan sama kerja mu. 


Tidak sama tu hasilnya nanti hasil kerja mu masa kau stres dengan masa kau nda stres.


Jadi kalau kerja, lupakan dulu masalah-masalah peribadi barulah kau semangat buat kerja.


7. Selalu Bergerak.


Sumber : fitday


Jangan juga kau terlampau duduk joh, dari pagi kau masuk kerja sampai ke petang duduk saja kerjamu. silap hari sakit belakangmu nanti.


Berdiri kau sekejap, bagi relaks sikit badanmu, jalan-jalan kah kau pergi tandas, baru kau sambung balik kerja mu


Bah itu jaklah tips aku mahu kongsikan sama kamu. Aku harap tipsku ni berguna sama kamu.

Post a Comment

0 Comments