Safe@Work MITI: Pendaftaran & Insentif Pelepasan Cukai Sehingga RM50,000




Untuk pengetahuan anda, Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) telah memperkenalkan satu inisiatif yang komprehensif dalam mengimbangi kelangsungan operasi sektor perkilangan dengan pengawalan penularan pandemik di kalangan pekerja yang dinamakan Safe@Work MITI.

SAFE@WORK MITI


Safe@Work merupakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang boleh dilaksanakan oleh syarikat-syarikat di sektor perkilangan yang merangkumi tanggungjawab majikan dengan menyediakan penginapan pekerja yang selamat serta mengikut piawaian di bawah Akta Standard Minimum Penginapan dan Perumahan Pekerja 1990 (Akta 446), Pengurusan kes-kes pekerja positif dan kontak rapat, saringan kesihatan serta langkah-langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19 di kalangan pekerja.

Program ini juga membolehkan pekerja untuk terus bekerja dalam situasi protokol baharu yang dinamakan Safe Work Bubble walaupun mempunyai kontak rapat.

Pekerja-pekerja kontak rapat diasingkan daripada komuniti setempat dan pekerja-pekerja lain sehingga kesemua pekerja kontak rapat disahkan selamat daripada COVID-19 berdasarkan keputusan ujian saringan.

Inisiatif ini mampu mengelakkan syarikat daripada gangguan operasi serta mengurangkan impak terhadap produktiviti apabila terdapat kes positif COVID-19 di premis perniagaan.

Kerajaan juga berpendapat bahawa sokongan daripada majikan adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin serta menyumbang kepada kelangsungan aktiviti ekonomi.


PELAKSANAAN SAFE@WORK MITI


Beberapa aspek perlu diutamakan dalam melaksanakan program Safe Work Bubble, antaranya:-

  1. Pewujudan Safe Work Bubble bagi pekerja kontak rapat di kawasan kilang dan premis penginapan pekerja.
  2. Penubuhan Pasukan Persediaan dan Tindakbalas Kecemasan COVID-19 (PERT) oleh pihak syarikat bagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara mengurus kes-kes kecemasan.
  3. Proses sanitasi berterusan di premis perkilangan.
  4. Kebenaran penggunaan kenderaan pekerja dengan kapasiti penuh.
  5. Penyediaan dan pengurusan penginapan pekerja yang kondusif.
  6. Pelaksanaan saringan bersasar untuk pekerja sektor perkilangan dan perkhidmatan yang berkaitan.
  7. Penyediaan saluran maklumat berkaitan tatacara kawalan pandemik daripada majikan kepada pekerja.


INSENTIF / FAEDAH KEPADA SYARIKAT


Sebagai galakan kepada syarikat-syarikat yang melaksanakan program ini, kerajaan akan memberikan beberapa insentif, antaranya potongan cukai tambahan sehingga RM50,000 bagi setiap syarikat di bawah sektor perkilangan dan perkhidmatan yang berkaitan:-
  • Perbelanjaan sewaan premis asrama pekerja.
  • Penyediaan kelengkapan berkaitan seperti CCTV, wearable tracking device.
  • Keperluan-keperluan asas lain yang selaras dengan SOP Safe@Work.

Boleh rujuk video di bawah:



CARA MEMBUAT PENDAFTARAN


Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian bermula 1 April 2021 di COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) https://notification.miti.gov.my/login


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanya dan permasalahan, anda boleh rujuk di laman web https://www.miti.gov.my/miti/ atau emel kepada admin.safework@miti.gov.my


Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda semua.

Post a Comment

0 Comments