[RASMI] : Semakan Tarikh Pembayaran i-Sinar Bulan Mei 2021

 


Umum mengetahui bahawa pembayaran i-Sinar bagi bulan April telah pun melabuhkan tirainya. Kini, pembayaran untuk bulan Mei yang sedang ditunggu-tunggu oleh para penerima yang layak. 


Untuk pengetahuan anda, i-Sinar adalah merupakan pengeluaran wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibenarkan oleh pihak kerajaan demi melangsungkan kehidupan rakyat semasa wabak pandemik Covid-19 melanda. Oleh itu, pembayaran i-Sinar bagi bulan Mei akan diagihkan lebih awal berbanding bulan April. 


PEMBAYARAN i-SINAR BULAN MEI KATEGORI 1&2


Pembayaran i-Sinar masih sama seperti sebelum ini iaitu pembayaran akan didahulukan kepada kategori 1 dan setelah itu Kategori 2. 


Pembayaran bagi bulan Mei pula dijangka akan bermula pada 03 Mei 2021 iaitu pada hari Isnin. 


Untuk makluman, pembayaran adalah mengikut kepada kumpulan/batch masing-masing. 


JADUAL PEMBAYARAN i-SINAR MEI

  • Sekiranya pembayaran bermula pada 3/5/2021. Penerima yang akan menerima bayaran tersebut adalah mereka yang menerima i-Sinar April pada 1/4/2021 yang lalu. 
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 4/5/2021 maka penerima pada 2/4/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut. 
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 5/5/2021 maka penerima pada 5/4/2021 lalu akan menerima pembayaran tersebut. 
  • Dan begitulah seterusnya. Pembayaran ini ialah mengikut kumpulan/batch masing-masing. 
  • Sekiranya anda tidak menerima bayaran seperti yang dijangkakan, kemungkinan besar pembayaran anda telah dipindahkan ke tarikh baharu (Tidak Dinyatakan). 


CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS i-SINAR MELALUI i-AKAUN


Anda boleh melakukan semakan status secara terus menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk melakukan semakan tarikh pembayaran seterusnya:

  • Buka apps i-Akaun di pautan https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member 
  • Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan
  • Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau withdrawal history di ruang sebelah kiri.
  • Klik pada i-Sinar di dalam jadual barisan kedua.
  • Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan. 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh menghubungi hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. 

Post a Comment

0 Comments