
Untuk makluman, pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 telah pun selesai. Bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 dan 3, berapa pula bayaran yang bakal diterima kali ini? Kali ini pasukan Salam Kerjaya akan berkongsikan berkenaan cara semakan baki bagi bayaran BPR Fasa 2 dan 3.
SEMAKAN DAN BAKI BAYARAN BPR 2021
Bagi mereka yang lulus permohonan, bayaran BPR akan dijangka akan dilakukan dalam 3 fasa iaitu:
- Fasa 1 - Februari 2021
- Fasa 2 - Mei 2021
- Fasa 3 - September 2021
Nilai bantuan yang akan diperolehi adalah bergantung kepada kategori kelayakan yakni:
BUJANG BERPENDAPATAN BAWAH RM2,500
> 21 tahun ke atas RM350
ISI RUMAH BERPENDAPATAN BAWAH RM2,500
> 1 orang anak RM1,200 (Baki RM900)
> 2 orang anak atau lebih RM1,800 (Baki RM1,500)
ISI RUMAH BERPENDAPATAN ANTARA RM2,001 - RM4,000
> 1 orang anak RM800 (Baki RM500)
> 2 orang anak atau lebih RM1,200 (Baki RM900)
ISI RUMAH BERPENDAPATAN ANTARA RM4,001 - RM5,000
> 1 orang anak RM500 (Baki RM200)
> 2 orang anak atau lebih RM750 (Baki RM450)
> Telah dibayar RM300, baki bagi pembayaran Fasa 2 dan 3 ini dibahagikan secara sama rata.
SOALAN LAZIM
Bila duit dikreditkan ke dalam akaun bank?
> Dijangka awal bulan Mei 2021, iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitiri
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila hubungi saluran yang berikut:
- Portal Rasmi BPR LHDNM atau
- Hubungi LHDNM : 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 Pagi - 5.00 Petang) atau
- MoF : 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi : 9.00 Pagi - 5.00 Petang) atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM
Post a Comment
0 Comments