[RASMI] : Cara Memohon Bantuan RM600 Sebulan Untuk Para Pekerja & RM200 Untuk Majikan



Untuk makluman, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyambut baik keputusan pihak kerajaan untuk menambah baik bantuan dan insentif kewangan yang disediakan untuk majikan dan para pekerja seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) pada 17 Mac 2021 yang lalu. 


Selaras dengan pengunguman tersebut, pihak PERKESO akan menambah baik insentif Pengekalan Pekerja dan Penggajian yang akan memanfaatkan pekerja serta individu yang hilang pekerjaan. Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan Insentif Program KerjayaGig yang diumumkan di bawah pakej PEMERKASA. 


INSENTIF PROGRAM KERJAYAGIG


Untuk makluman, PERKESO sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia akan melaksanakan insentif pengambilan pekerja di bawah Penjana Kerjaya 2.0 yang merangkumi pekerjaan jangka pendek atau pekerjaan gig di bawah Program KerjayaGig. 


Insentif Pekerja


Program KerjayaGig menyediakan insentif kepada pekerja seperti berikut:

  • RM600 sebulan sehingga tempoh maksimum 6 bulan kepada pekerja yang diambil bekerja oleh platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar di bawah PERKESO. 

Bagi individu yang bekerja sendiri atau gig daripada kategori berikut adalah berkelayakan di bawah program KerjayaGig:
  • Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO yang sedang menerima Cuti Tanpa Gaji
  • Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO diberhentikan kerja
  • Pencari kerja dari golongan rentan (i.e Pencari kerja yang berdaftar di bawah e-Kasih)
  • Menunjukkan pembuktian aktiviti pekerjaan 15 jam bekerja dalam seminggu bagi setiap bulan permohonan melalui Log Aktiviti Gig untuk menerima bayaran berikutnya. 
  • Melaporkan kepada pihak PERKESO sekiranya menerima tawaran pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh 24 jam


Insentif Majikan


Melalui program ini, platform penyedia perkhidmatan gig yang menawarkan pekerjaan jangka pendek kepada pencari kerja yang akan menerima insentif:
  • RM200 secara "one-off" bagi setiap pengambilan pekerja. 

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan bagi kedua-dua insentif ini adalah: 
  • 1 April 2021 hingga 30 Jun 2021

CARA MEMOHON

Berikut adalah merupakan panduan melakukan permohonan bagi menerima insentif ditawarkan:

Penyedia Perkhidmatan Gig (Operator)

  1. Mengiklankan jawatan kosong di www.myfuturejobs.gov.my (Pastikan pemilihan jenis kontrak adalah di bawah Bekerja Sendiri)
  2. Mengambil Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk bekerja
  3. Hantar permohonan KerjayaGig melalui sistem PenjanaKerjaya https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php
  4. Proses kelulusan akan dimaklumkan menerusi emel kepada pekerja
  5. Majikan terima pembayaran dalam masa 30 hari

Orang Bekerja Sendiri (OBS)

  1. OBS menerima emel notifikasi setelah permohonan Operator diluluskan
  2. OBS akan menerima bayaran yang pertama selepas membuat pengesahan
  3. Untuk menerima pembayaran bagi bulan kedua hingga keenam, OBS perlu mengisi Log Aktiviti Gig di PenjanaKerjaya (mulai bulan kedua)
  4. OBS menghantar permohonan secara bulanan di sistem PenjanaKerjaya https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php

Bagi tujuan ini, pihak kerajaan memperuntukkan sebanyak RM300 juta yang akan memanfaatkan 60,000 pekerja. Inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan fleksibiliti pasaran buruh semasa terutamanya dalam sektor pekerjaan sendiri serta mengurangkan kadar dan tempoh pengangguran di negara ini. 

Post a Comment

0 Comments