Mohon Kerja Tapi Tak Pernah Di Panggil? Ini Puncanya!




Anda mesti tertanya-tanya mengapa dan kenapa selama ini anda tak dipanggil untuk datang temuduga setelah menghantar permohonan kerja dan resume. Di sini kami ingin berkongsi beberapa punca yang mungkin menyebabkan anda tak dipanggil untuk ditemuduga.


TIDAK MENGKAJI SYARIKAT TEMPAT ANDA MEMOHON KERJA

Anda memohon kerja bagaimana? adakah dengan menghantar borang permohonan ke syarikat yang anda tahu sahaja? Atau ada syarikat yang betul-betul anda mahukan. Dan pernahkah anda kaji tentang syarikat berkenaan? Kalau tidak, mungkin ini salah satu sebab permohonan anda di tolak.


Bila anda kaji tentang syarikat tersebut, anda boleh tahu apa yang majikan inginkan dalam syarikat mereka. Dari sini anda boleh aplikasi serta tunjukkan kepada majikan yang anda mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas agar majikan percaya yang anda layak untuk bekerja di syarikat berkenaan.


JAWATAN KERJA YANG TIDAK SESUAI DENGAN KELAYAKAN & PENGALAMAN

Adakah anda mohon kerja bersesuaian dengan kelayakan dan pengalaman anda atau anda hanya hantar permohonan secara rawak sahaja? Di sini anda perlu ada kesedaran diri sebab jika anda tiada pengalaman dan kelayakan dengan kerja yang majikan tawarkan, memang sampai bila-bila pun anda tidak akan dipanggil temuduga.


Mohon kerja yang setaraf dengan kelayakan dan pengalaman anda. Jika anda adalah seorang fresh graduate dengan tiada pengalaman bekerja, mohonlah jawatan yang tertulis entry-level atau fresh graduate. Begitu juga sebaliknya.


TIDAK UPDATE RESUME

Ini juga merupakan salah satu punca sebab anda tak dipanggil temuduga. Kalau boleh update resume anda, dengan info dan kelayakan terkini serta pengalaman kerja dan pastikan anda kreatif dalam membuat resume. 

Resume yang kreatif boleh membuatkan majikan berfikir bahawa anda seorang yang rajin. Jika resume anda biasa sahaja atau sekadar menulis, majikan tentu berfikir anda adalah seorang yang pemalas.


TIDAK SERTAKAN COVER LETTER

Ramai yang beranggapan kalau sudah hantar resume maka cover letter tidak perlu dihantar. Kena ingat resume dan cover letter adalah dua benda yang berbeza. Resume adalah maklumat ringkas tentang diri anda manakala cover letter pula adalah maklumat yang tidak ada dalam resume dan dalam bentuk esei.


Sertakan kedua-duanya sekali ketika menghantar permohonan kerja. Jika majikan tertarik dengan membaca resume anda, majikan pasti akan rujuk pula kepada cover letter untuk tahu lebih lanjut mengenai diri dan pengalaman anda.


TIDAK FOLLOW UP DENGAN JAWATAN YANG DIMOHON

Jika anda tahu orang yang menguruskan permohonan jawatan di syarikat tempat anda membuat permohonan, anda usaha untuk ambil tahu berkenaan dengan permohonan anda. Tidak kira sama ada anda call atau hantar emel, ini sudah menunjukkan yang anda seorang yang professional dan tidak ramai yang lakukan perkara begini.


Kebanyakan orang menunggu panggilan daripada syarikat berkenaan walaupun selepas sebulan membuat permohonan. Tempoh itu sudah tidak valid dan berkemunkinan ada orang lain yang sudah diterima bekerja. 


Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda semua


SUMBER: blog.maukerja.my

Post a Comment

0 Comments