Cara Memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Untuk Pelajar Institusi Pengajian Tinggi 2021


 

Untuk makluman, warganegara Malaysia yang berasal daripada negeri Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapanya dilahirkan di negeri Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat SPM/STPM atau yang setaraf/Matrikulasi adalah dipelawa untuk memohon Bantuan Kerajaan Negeri Sabah. 


Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dibuka bagi pelajar yang mengikuti kursus-kursus diperingkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam dan luar negara. 


Sila ikuti segala info dan panduan membuat permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini. 


BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN


Tawaran biasiswa adalah kepada para pelajar yang menyambung pengajian di bidang dan peringkat seperti pengajian yang berikut:


i) Diploma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

  • Aktuari Sains
  • Perikanan
  • Juruukur
  • Pertanian
  • Kejuruteraan
  • Sains Tulen
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  • Seni Bina (Architecture)
  • Maritim
  • Teknologi Maklumat
  • Pengurusan Hartanah
  • Ukur Bahan
  • Perakaunan

ii) Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 

  • Aktuari Sains
  • Pengurusan
  • Hartanah
  • Ekonomi
  • Perakaunan
  • Farmasi
  • Pergigian
  • Kejuruteraan
  • Perhutanan
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  • Perikanan
  • Keusahawanan
  • Pertanian
  • Juruukur
  • Perubatan
  • Perindustrian
  • Perubatan Veterinar
  • Pelancongan dan Hospitaliti
  • Sains Alam Sekitar
  • Pendidikan (Matematik Sains Komputer)
  • Pendidikan (Pengajian Islam Seni Bina)
  • Pendidikan (Bahasa Inggerin Seni Kreatif)
  • Pendidikan (Bahasa Cina Ukur Bahan)
  • Pengajian Islam
  • Undang-Undang
  • Pengurusan Ladang


ii) Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 

  • Bidang pengajian yang dianggap kritikal dan selektif bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di Sabah

KELAYAKAN PEMOHON

Syarat Am
  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon dan ibu bapa haruslah bermastautin di negeri Sabah
  • Sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah atau salah seorang daripadanya berasal dari Sabah

Had Umur
  • Bagi pengajian di peringkat Diploma, pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun
  • Bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun 
  • Bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana, pemohon hendaklah tidak melebihi 30 tahun

Kelayakan Akademik (Sedang Mengikuti / Dalam Pengajian)
  • Kursus Diploma dan Sarjana Muda - Lulus dengan sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa
  • Kursus Sarjana - Keputusan semasa dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 dan bidang kursus pengajian yang dianggap 'kritikal' dan 'selektif' bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di Sabah
  • Perubatan, Pergigian dan Farmasi - Kursus perubatan, pergigian dan farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 keputusan semasa

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat untuk memohon basiswa yang ditawarkan, permohonan mestilah dilakukan sebelum tarikh tutup iaitu pada 30 Apri 2021 secara atas talian melalui sistem online. Pemohon perlu mendaftar email peribadi yang aktif di laman sesawang permohonan berikut:
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan. Keputusan permohonan boleh disemak melalui online. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2021. Permohonan yang dilakukan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. 

Post a Comment

0 Comments