Bantuan Sehingga RM2200 Setahun Untuk Ibu B40



Tahukah anda kerajaan Selangor telah mengumumkan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS Selangor) dengan penambahan 5,000 lagi penerima pada tahun 2021.

Program ini menyediakan bantuan bulanan sebanyak RM200 kepada golongan ibu-ibu di Selangor, menerusi Belanjawan Selangor 2021 pada Oktober lalu.

KISS SELANGOR

Kasih Ibu Smart Selangor ataupun KISS Selangor merupakan bantuan kebajikan yang diberikan khusus kepada kaum ibu di Selangor.

Program ini bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Dan melalui program ini, ibu yang layak dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara cashless dengan menggunakan kad KISS Selangor

SYARAT KELAYAKAN

Berikut dikongsikan syarat kelayakan untuk memohon KISS Selangor:-

SYARAT UTAMA

  • Berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2000, atau;
  • Tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pangkalan data eKasih

SYARAT LAIN

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di Selangor
  • Wanita bekeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih belajar di pengajian tinggi
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM2,000 sebulan

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan KISS Selangor:-

Secara Manual

Borang pendaftaran boleh di muat turun dari Laman Web Rasmi Kasih Ibu Smart Selangor atau boleh diambil di :

  • Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  • Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  • Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
  • Pusat Wanita Berdaya
  • Isi borang dengan lengkap dan sertakan sekali dokumen yang diperlukan.
  • Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri / Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor.

Secara Online


MANFAAT KAD KISS SELANGOR

Sekiranya layak, ibu yang memohon akan menerima Kad Kasih Ibu Smart Selangor yang ditambah nilai secara automatik RM200 sebulan.

Kad KISS ini boleh digunakan di pasaraya yang berdaftar dan senarai kedai yang berdaftar boleh rujuk DI SINI



SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DIPERLUKAN

Berikut senarai barang yang boleh dibeli dengan kad KISS Selangor:-


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan mengenai KISS Selangor, ada boleh menghubungi pihak pengurusan di talian hotline 1800-22-6600, talian telefon 03-5525 6900 juga boleh terus emel ke admin@selcare.my

Semoga artikel ini memberi manfaat dan kemudahan kepada anda semua.

Post a Comment

0 Comments