SPS Prihatin Wanita Pemerkasa : Bantuan RM163 Caruman PERKESO





Usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri, kini anda boleh memohon bantuan caruman di bawah program PEMERKASA iaitu SPS Prihatin Wanita melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).


Sebanyak RM10 Juta telah diperuntukkan dalam bentuk dana padanan 70% oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac lalu.


Pelaksanaan bantuan ini akan melibatkan usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri di mana wanita kategori ini kebiasaannya tidak mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).


Oleh itu, bagi yang berminat, Permohonan SPS Prihatin Wanita telah dibuka mula 1 April sehingga 31 Disember 2021.



SPS PRIHATIN WANITA

SPS Prihatin Wanita merupakan caruman perlindungan SKSPS kepada usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri melalui PERKESO.


Melalui bantuan ini, mereka akan menerima Pelan 2 SKSPS yang berjumlah RM232.80 setahun , 70% daripadanya RM163.00 akan dibayar oleh kerajaan. Oleh itu, mereka cuma perlu membayar 30% sahaja iaitu RM69.80 setahun untuk menikmati perlindungan tersebut.


SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (SKSPS)

SKSPS diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.


Skim ini turut memberi perlindungan kepada pencarum daripada bencana pekerjaan termasuklah penyakit pekerjaan atau kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.


Pekerja yang mencarum di skim ini layak menerima faedah tunai kepada diri sendiri dan tanggungannya selain menerima rawatan perubatan dan latihan vokasional.


Kadar caruman yang ditetapkan :- 


PELAN

PENDAPATAN BULANAN

BAYARAN CARUMAN BULANAN

BAYARAN CARUMAN SETAHUN

Pelan 1

RM 1,050

RM 13.10

RM 157.20

Pelan 2

RM 1,550

RM 19.40

RM 232.80

Pelan 3

RM 2,950

RM 36.90

RM 442.80

Pelan 4 

RM 3,950

RM 49.40

RM 592.80



CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut dikongsikan cara untu membuat permohonan:-
  1. Layari matrix.perkeso.gov.my dan klik pada log masuk.
  2. Klik "Kali pertama? Daftar akaun MATRIX?"
  3. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik "Seterusnya".
  4. OTP akan dihantar ke nombor telefon anda. Letakkan nombor OTP yang anda terima dan klik "Seterusnya".
  5. Mesej pendaftaran berjaya akan dipapar dan pautan verifikasi akan dihantar ke emel anda.
  6. Masuk ke emel dan klik link yang disediakan untuk masuk ke laman web iPERKESO bagi tujuna pengaktifan akaun.
  7. Isikan Ungkapan Rahsia, Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan. Klik "Seterusnya" dan anda telah berjaya mendaftar akaun MATRIX.
  8. Masukkan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan dan klik pada butang "Seterusnya".
  9. Pastikan Ungkapan Rahsia adalah betul dan masukkan Kata Laluan. Seterusnya klik pada "Log Masuk".
  10. Log masuk ke sistem dan pilih Mod "Saya bekerja sendiri".
  11. Klik  "Daftar" di panel pendaftaran dan caruman. Untuk memperbaharui caruman sila klik "Memperbaharui".
  12. Pilih sektor pekerjaan sendiri dan klik "Hantar".
  13. Isi maklumat diperlukan dan muat naik dokumen diperlukan.
  14. Pilih caruman dan tempoh caruman yang ingin dibayar. Dan klik pada "Hantar & Bayar".
  15. Pilih bank dan klik bayar dengan FPX.
  16. Setelah bayaran berjaya dibuat, resit pembayaran caruman boleh dimuat turun.
  17. Proses pendaftaran dan pembayaran kali pertama selesai.

Link Cara Membuat Permohon : KLIK SINI

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan SPS Prihatin Wanita, sila layari laman web rasmi PERKESO di https://www.perkeso.gov.my/ atau emel ke perkeso@perkeso.gov.my

Semoga artikel ini memberi manfaat dan kemudahan kepada anda semua.

Post a Comment

0 Comments