TERKINI! Contoh Kesilapan Yang Ramai Ahli KWSP Lakukan Semasa Melakukan Pindaan i-Sinar Terkini - Salam Kerjaya!

Breaking

Tuesday, March 9, 2021

TERKINI! Contoh Kesilapan Yang Ramai Ahli KWSP Lakukan Semasa Melakukan Pindaan i-Sinar Terkini


 

Untuk makluman, bermula semalam iaitu pada 8 Mac 2021, pihak KWSP telah membuka satu portal baru bagi para ahli KWSP melakukan permohonan baharu dan untuk menukar pindaan amaun permohonan i-Sinar KWSP mereka. 


Ramai daripada kalangan ahli mengucapkan rasa syukur kerana masih diberikan peluang untuk memperbetulkan kesilapan mereka ketika melakukan pindaan amaun sewaktu awal permohonan dahulu. 


Namun, walaupun sudah diberikan peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan tetapi masih terdapat lagi ahli yang tersalah dalam melakukan pindaan amaun i-Sinar KWSP mereka. Anda perlu faham bahawa pindaan ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja dan tidak ada lagi peluang kedua serta seterusnya melainkan pihak KWSP membuka permohonan pindaan baharu lagi. 


Berikut kami kongsikan kepada anda semua yang belum melakukan sebarang pindaan amaun, tentang cara pindaan cara serta kaedah pindaan dengan betul seperti yang telah dikongsikan oleh ahli KWSP sendiri setelah bertanya kepada pihak KWSP. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 


KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH PARA PEMOHON


Contoh Situasi

  • Amaun pengeluaran dahulu : RM5,000
  • Had pengeluaran yang diluluskan : RM10,000
  • Permohonan pindaan amaun yang baharu : RM5,000

Pemohon menarik permohonan baharu sebanyak RM5,000 memandangkan permohonan dahulu pernah dibayar RM5,000. Inilah kesalahan yang dilakukan oleh pemohon kini. 

Dalam fikiran mereka, dulu pernah dibayar RM5,000 jadi pindaan amaun terkini hanya perlu keluarkan RM5,000 untuk melengkapkan permohonan dahulu. 

Pemikiran dan cara pengeluaran seperti ini adalah salah

Sekiranya anda melakukan pindaan amaun begini, anda tidak akan mendapat amaun yang baru sebanyak RM5,000 kerana anda sudah dibayar dahulu sebanyak RM5,000 oleh pihak KWSP dulu. 

Apa tindakan yang sepatutnya dilakukan?

Pindaan yang baharu tarik semaksimum mungkin sehingga RM10,000 

Mengapa kita perlu tarik semaksimum mungkin?

Anda perlu berfikiran bahawa ini adalah permohonan baharu dan tidak sama dengan sebelum ini. Jadi bila anda buat pindaan amaun semaksimum RM10,000

Pihak KWSP akan membayar baki RM5,000 bagi melengkapkan pembayaran i-Sinar anda yang telah diterima lebih awal dahulu sebanyak RM5,000

CARA PINDAAN AMAUN YANG BETUL

Contoh Situasi
  • Had pengeluaran yang diluluskan : RM10,000
  • Amaun pilihan terdahulu dikeluarkan : RM8,000
  • Baki pengeluaran yang perlu dikeluarkan : RM2,000

Memandangkan anda mempunyai baki sebanyak RM2,000, maka anda perlu untuk tarik pindaan amaun sehingga capai RM10,000 bagi membolehkan anda mengeluarkan baki tersebut. 

Jadi RM8,000 (Pengeluaran i-Sinar dahulu) + RM2,000 (Baki terkini) = RM10,000 Had Pengeluaran

Untuk anda mengeluarkan baki akaun RM2,000, anda perlu tarik amaun sehingga maksimum dan bukannya tarik di permohonan baharu pindaan RM2,000

Oleh itu, mana-mana ahli yang dibenarkan untuk keluarkan had pengeluaran RM10,000, jika anda ingin membuat pengeluaran penuh sebaiknya anda tarik pindaan amaun itu sehingga hujung atau sampai semaksimum mungkin. 

PERKONGSIAN AHLI KWSP DI FACEBOOK







MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh menghubungi Talian Hotline Khas i-Sinar KWSP di 03 8922 4848
  • Jam 8 pagi - 8 malam
  • Isnin - Jumaat (kecuali cuti umum negeri Selangor dan Persekutuan)

No comments:

Post a Comment