Tarikh Rasmi Bayaran Akhir i-Lestari KWSP Bulan April 2021 ~ Semak Sekarang!
Bagi mereka yang telah melakukan permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP tahun 2020, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan sebelum ini telah dikreditkan ke akaun masing-masing seperti yang telah ditetapkan. Sekiranya anda masih belum menerima bayaran atau gagal dikreditkan, anda boleh kemaskini akaun bank di portal i-Lestari Online atau terima cek jurubank dari KWSP.
Pasti ramai daripada anda yang sudah tidak sabar bukan untuk mengetahui bilakah tarikh bayaran i-Lestari untuk bulan April ini? Sila ikuti segala perkongsian yang telah kami sediakan di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan tarikh bayaran i-Lestari untuk bulan April ini.
BAYARAN TERAKHIR i-LESTARI
Untuk makluman anda, pembayaran i-lestari bagi bulan April adalah merupakan bayaran terakhir yang akan diterima. Selepas ini, tiada lagi bayaran bulanan i-lestari yang akan dilakukan ke akaun para pemohon.
Namun, ahli KWSP yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 KWSP masih boleh untuk melakukan permohonan pengeluaran menerusi i-Sinar yang dibuka sehingga 30 Jun 2021.
Anda tidak perlu risau kerana tiada sebarang syarat dikenakan untuk buat pengeluaran i-Sinar. Ahli boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000 sekiranya simpanan kurang daripada RM100,000 manakala pengeluaran maksimum RM60,000 jika baki akaun lebih daripada RM100,000.
TARIKH BAYARAN i-LESTARI BULAN APRIL
Untuk pengetahuan anda, bayaran i-lestari untuk bulan April 2021 akan dibayar mengikut jadual pembayaran sebelum ini iaitu:
- Bermula pada 1 April 2021

- Login i-Akaun
- Pilih Withdrawal / Pengeluaran
- Pilih Withdrawal History
- Semakan status boleh dilakukan secara atas talian di laman web KWSP https://ilestari.kwsp.gov.my
- Klik pada butang SEMAK STATUS
- Masukkan nombor kad pengenalan serta nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan
- Klik pada kotak 'saya bukan robot' dan klik butan SEMAK
Post a Comment
0 Comments