[RASMI] : Senarai Penuh Bantuan & Inisiatif Pakej Pemerkasa 2021 - Salam Kerjaya!

Breaking

Wednesday, March 17, 2021

[RASMI] : Senarai Penuh Bantuan & Inisiatif Pakej Pemerkasa 2021


 

Untuk makluman, berdasarkan daripada hantaran posting di media sosial rasmi Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau akan mengumumkan sebuah lagi pakej khusus untuk rakyat dan juga industri yang dikenali sebagai PEMERKASA. 


Pengunguman tersebut telah berlangsung pada hari ini iaitu pada 17 Mac 2021 pukul 5.30 petang yang disiarkan di saluran-saluran utama televisyen tempatan. Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan bantuan baharu ini. 


BANTUAN & INISIATIF PAKEJ PEMERKASA


Untuk pengetahuan anda, pakej PEMERKASA ini adalah merupakan kesinambungan daripada inisiatif yang telah dilakukan sebelum ini iaitu pakej PRIHATIN dan Prihatin PKS. Selain itu, pihak kerajaan turut melaksanakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) serta PERMAI pada tahun lepas. Antara inisiatif pakej PEMERKASA ialah:

  • Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off diberikan kepada golongan B40 yang telah hilang pendapatan.
  • Bayaran tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah
  • Penerima berumur 21 hingga 60 tahun
  • Tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan
  • Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO.
  • Dibayar bermula pada bulan Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing. 



**Segala maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa

No comments:

Post a Comment