[RASMI] : Permohonan Baru i-Lestari (Pengeluaran RM500 Sebulan) Dibuka Sehingga 31 Mac 2021

 


Adakah anda adalah merupakan golongan yang tidak lulus permohonan i-Sinar bagi kategori 1 & 2? Umum mengetahui bahawa pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. Namun, bagi ahli yang masih belum melakukan pengeluaran dan berhasrat untuk melakukan pengeluaran i-Lestari kini anda boleh lakukannya dengan mudah. 


Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan permohonan baharu i-Lestari 2021. 


MAKLUMAT PENGELUARAN i-LESTARI 

  • Tarikh Pengeluaran : Sehingga 31 Mac 2021
  • Jumlah Pengeluaran : RM50 sehingga RM500

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BAHARU

Bagi para pemohon yang sebelum ini pernah membatalkan pengeluaran i-Lestari dan ingin melakukan permohonan semula ataupun ahli yang tidak pernah membuat sebarang permohonan pengeluaran i-Lestari (permohonan baharu), anda boleh mengikuti segala langkah yang dipaparkan di bawah ini: 
  1. Layari laman web rasmi ilestari.kwsp
  2. Kemudian, klik PERMOHONAN BAHARU
  3. Sila isikan maklumat permohonan dengan lengkap


Klik HANTAR



Sila pastikan bahawa segala maklumat yang anda isi adalah tepat & muktamad untuk diproses oleh pihak KWSP. Sebarang maklumat tidak akan dapat ditukar selepas permohonan dihantar. Semakan status permohonan boleh dilakukan dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dilakukan. 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Untuk makluman, semakan status permohonan boleh dilakukan dengan cara berikut:
  1. Layari laman Semakan Status i-Lestari
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon
  3. klik Semak



Semoga bermanfaat untuk anda semua!

Post a Comment

0 Comments