PEMERKASA : Bantuan RM500 Untuk B40 & Penerima BPR 2021 - Salam Kerjaya!

Breaking

Wednesday, March 17, 2021

PEMERKASA : Bantuan RM500 Untuk B40 & Penerima BPR 2021



BANTUAN RM500 KEPADA B40 & PENERIMA BPR 2021


Melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), pihak kerajaan akan memberikan bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada golongan B40 yang kehilangan pendapatan. Di samping itu, bayaran tambahan sebanyak RM500 juga bakal diberikan kepada para penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah. 


Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar mulai pada bulan Jun depan ke akaun semua para penerima. Ia juga akan melibatkan penerima yang berumur 21 hingga 60 tahun dan tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan. Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dilakukan melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO. 


Selain itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkata bahawa pihak kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta bilion kepada 2.4 juta penerima  untuk mendapatkan bantuan ini. 




LEBIH 7 RIBU KEHILANGAN PEKERJAAN

Menurut maklumat yang telah dikongsikan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebelum ini, seramai lebih 7 ribu pekerja telah ditamatkan perkhidmatan akibat daripada pelbagai faktor, setakat 11 Februari tahun ini. 


Daripada jumlah tersebut, antara punca kehilangan pekerjaan adalah akibat daripada pengecilan tenaga kerja, penutupan perniagaan, serta ditawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) atau Skim Pemisahan Bersama (MSS). Selain itu, juga terdapat antara mereka yang kehilangan pekerjaan akibat daripada masalah kewangan syarikat dan kerana ditamatkan kontrak perkhidmatan. 


DEFINISI KATEGORI B40


Secara terperinci lagi, B40 bermaksud isi rumah yang memperolehi pendapatan 40 peratus terendah dari jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia. Ia juga merujuk kepada pendapatan di bawah RM4,849.


Terdapat beberapa pembahagian isi rumah dalam kategori B40 iaitu mereka yang berpendapatan di bawah RM2,500 diletakkan alam kategori B1, RM2,501 hingga RM3,169 dalam B2, RM3,170 hingga RM3,969 dalam B3 manakala RM3,970 hingga RM4,894 adalah di bawah B40. 


Semoga bermanfaat untuk anda semua.


Sumber : Berita Harian

1 comment:

  1. tetapi aku pelik aku , kehilangan kerja dan susah nak dapat kerja asik full je, bpr aku masih tak dapat god bless me

    ReplyDelete