Cara Membuat Kemaskini Amaun Pengeluaran i-Sinar KWSP Bermula 8 Mac 2021 - Salam Kerjaya!

Breaking

Sunday, March 7, 2021

Cara Membuat Kemaskini Amaun Pengeluaran i-Sinar KWSP Bermula 8 Mac 2021



Ramai daripada anda pasti berasa gembira dengan pengunguman KWSP yang memansuhkan syarat permohonan i-Sinar bermula pada bulan Februari lalu, namun terdapat juga yang frust akibat tersilap menekan jumlah pengeluaran dan tertanya-tanya bagaimana cara untuk menukar amaun yang dipohon di iSinar. 

Berdasarkan daripada maklumat terkini dalam kenyataan media yang bertarikh 2 Mac 2021, anda boleh untuk melakukan pindaan atau menukar amaun iSinar yang tersilap "tarikh" pada bahagian slide tersebut.



Berikut adalah merupakan cara dan langkah yang pasukan Salam Kerjaya telah sediakan untuk membantu memudahkan urusan penukaran nilai amaun iSinar anda. 

PENUKARAN PENGELUARAN i-SINAR SECARA ONLINE

Berita baik buat anda semua kerana bermula pada 8 Mac 2021, ahli akan diberikan kelonggaran untuk melakukan pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar online.

Terkini, laman web rasmi KWSP telahpun dikemaskini dengan memaparkan 4 pilihan seperti dibawah:



Untuk makluman, berikut adalah merupakan butiran pentang yang perlu anda ketahui tentang pindaan amaun yang dimaklumkan oleh pihak KWSP.
  1. Pindaan bagi amaun pengeluaran hanya boleh dilakukan sekali sahaja. 
  2. Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat pemohon Pengeluaran i-Sinar terdahulu tidak akan dipaparkan.
  3. Sila pastikan bahawa anda mempunyai maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan bagi melancarkan proses kemas kini maklumat. 
  4. Anda boleh melakukan kemas kini nombor telefon bimbit dan maklumat berkaitan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu)
  5. Jika anda memilih mengemaskini Butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun tersebut:
  • Adalah milik pemohon dan masih aktif
  • Bukan akaun bank bersama (joint account) 
  • Bukan akaun bank atas nama syarikat


            


CARA TUKAR AMAUN i-SINAR MELALUI PORTAL i-SINAR

1. Sila layari portal i-Sinar (klik DI SINI)
2. Klik 'Pindaan Pengeluaran'
3. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang telah didaftarkan.
4. Isikan semula amaun pilihan yang baharu
5. Kemaskini maklumat pemohon seperti nombor akaun bank sekiranya ada perubahan
6. Sahkan permohonan dengan melihat semua maklumat yang dinyatakan di ruang pengesahan permohonan dan klik Hantar.



TARIKH BAYARAN & KELULUSAN PINDAAN AMAUN i-SINAR YANG BAHARU

Proses kelulusan satu-satu pindaan adalah dalam tempoh masa LIMA (5) hari bekerja. Ia akan berkuatkuasa untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual yang baharu. 

Perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran. 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan i-Sinar KWSP, sila hubungi hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau layari www.isinar.kwsp.gov.my

No comments:

Post a Comment