Bayaran GKP Tambahan (PERMAI) Mulai 25 Mac 2021 - Tengku Zafrul



Melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada PKS Mikro di 12 buah negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 serta RM500 kepada PKS Mikro di negeri bukan PKP. 


Untuk makluman, GKP Tambahan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan perniagaan ekoran daripada penularan wabak Covid-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro. 


Mengambil kira GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Tambahan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima GKP adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM3.58 billion. 




TARIKH  BAYARAN GKP TAMBAHAN 


Sukacita dimaklumkan bahawa kesemua PKS mikro yang telah diluluskan di bawah GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan bermula pada 25 Mac 2021 melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta.



JUMLAH BANTUAN GKP TAMBAHAN 2021


Berikut adalah merupakan amaun bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan secara one-off:

  • PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - RM1,000
  • PKS mikro bagi lain-lain negeri - RM500

CARA SEMAK STATUS

Semakan status kelayakan boleh dilakukan bermula pada 24 Mac 2021 melalui portal GKP iaitu di https://gkp.hasil.gov.my/ 

KAEDAH PEMBAYARAN

Pembayaran akan dikreditkan secara terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dilakukan bermula pada 24 Mac 2021 di Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my/ 

Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu akan dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini. Pembayaran hanya akan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif.

Post a Comment

0 Comments