Bantuan I-Suri KWSP RM480 Suri Rumah, Balu dan Ibu Tunggal



Bantuan I-Suri merupakan bantuan yang diberikan kepada suri rumah, balu dan juga ibu tunggal. Ia khusus untuk mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

BANTUAN I-SURI KWSP

Berikut dinyatakan senarai bantuan yang akan diterima oleh penerima i-Suri:
  • Pembayaran sebanyak RM480 diberikan bermula dari tahun 2019 hingga ke tahun-tahun berikutnya termasuklah tahun 2021.
  • Bantuan kematian juga disediakan sebanyak RM2,500.
  • Penerima i-Suri akan menerima dividen tahunan KWSP seperti pencarum yang lain.
  • Bantuan hilang upaya.
  • Pengeluaran simpanan.
  • Insentif kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat telah ditetapkan kepada yang berminat untuk membuat pendaftaran i-Suri:
  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar di eKasih.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR).

Siapa yang boleh mencarum?
- Suami bagi pasangan yang layak
- Diri sendiri (isteri)


CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohon bantuan i-Suri:
  • Bawa kad pengenalan beserta dua borang i-Suri ke mana-mana cawangan KWSP yang terdekat.
  • Borang i-Suri KWSP 16G (M) - Untuk pendaftaran kali pertama.
  • Borang i-Suri KWSP 6A (2) - Untuk semasa pembayaran.

PEMBAYARAN CARUMAN

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga cara:
  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  • Tunai atau cek di kaunter panel KWSP sama ada Maybank, Public Bank, BSN ataupun Public Bank.
  • Pindahan wang melalui perbankan internet melalui Maybank atau Public Bank.

MAKLUMAT LANJUT

  • Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan i-Suri, boleh melayari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000
  • Untuk maklumat berkenaan dengan kelayakan insentif, sila layari lama web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat di https://www.kpwkm.gov.my/

Post a Comment

0 Comments