Bantuan GKP 3.0 Untuk PKS Bernilai RM1,000 Bermula Pada 01 April 2021 Ini ~ Semak Kelayakan Anda Sekarang! - Salam Kerjaya!

Breaking

Sunday, March 21, 2021

Bantuan GKP 3.0 Untuk PKS Bernilai RM1,000 Bermula Pada 01 April 2021 Ini ~ Semak Kelayakan Anda Sekarang!


 

Untuk makluman, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) adalah merupakan sebuah inisiatif terbaharu pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19. 


Untuk pengetahuan anda semua, pada 17 Mac 2021 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan sebuah pakej Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) melalui perutusan khas secara langsung di televisyen dan media sosial. Menurut beliau, setiap Perusahaan Mikro serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak bakal menerima bantuan one-off berjumlah RM1,000.


Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan bantuan GKP 3.0 ini. Semoga bermanfaat.


APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)?


Geran Khas Prihatin ataupun lebih dikenali sebagai GKP adalah merupakan sebuah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan. 


Untuk makluman, GKP 1.0 dan GKP 2.0 telah pun diperkenalkan sejak wabak pandemik Covid-19 melanda negara kita pada tahun lalu. GKP Tambahan dan GKP Permai juga turut diumumkan sebagai salah satu inisiatif untuk membantu lebih ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik yang berlaku. 


GKP 3.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Perutusan Khas PEMERKASA pada 17 Mac 2021 baru-baru ini yang mana geran ini dijangka bakal memberikan manfaat kepada lebih sejuta usahawan yang berkelayakan. 


SYARAT KELAYAKAN

Untuk pengetahuan anda, GKP 3.0 dikhaskan bagi PKS yang tidak pernah menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini. Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum melakukan sebarang permohonan:

  • Bukan penerima GKP sebelum ini 
  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang mempunyai jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000 dan jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi daripada 4 orang yang mana tidak termasuk pemilik.
  • Berdaftar dengan agensi-agensei berikut seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dilakukan. 

TARIKH PERMOHONAN GKP 3.0 
  • Permohonan untuk GKP 3.0 bakal dibuka bermula pada 01 April 2021

CARA MEMOHON

Para pemohon boleh melakukan permohonan secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my/ yang disediakan oleh pihak LHDNM bermula pada tarikh yang akan diumumkan kelak. Untuk makluman, permohonan secara manual tidak akan diterima. 

KAEDAH BAYARAN

Pembayaran akan dikreditkan secara terus ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan semasa melakukan permohonan. Selain itu, akaun bank yang didaftarkan haruslah aktif dan para pemohon perlu mempunyai akaun bank simpanan/semasa kerana pembayaran GKP hanya akan dikreditkan kepada para penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja. 

MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai status semakan kemaskini GKP, anda boleh hubungi terus Hasil Careline di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara)

Anda juga boleh berhubung dengan pihak LHDNM melalui cara berikut:

No comments:

Post a Comment