PENGAMBILAN SEGERA! ~ Jawatan Kosong Pegawai Tadbir N41.



Peluang ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang  berkelayakan, komited  dan berdedikasi  untuk berkhidmat di Sekretariat Jaringan dan Alumni FSSK UKM bagi jawatan seperti berikut: 



Maklumat Jawatan Yang Ditawarkan

Nama Jawatan: Pegawai Tadbir N41 

Klasifikasi Perkhidmatan :Pengurusan dan Profesional 

Gaji: RM2,283.43 

Taraf Jawatan : Kontrak 

Umur : Berumur tidak kurang  dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Syarat Lantikan

I. Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; DAN

II. Kepujian  Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Keutamaan adalah diberi kepada calon yang ;

1-  Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang  Sains Sosial (sekurang-kurangnya PNGK 3.00 ke atas) daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan/antarabangsa atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 

2- Mempunyai keterampilan yang baik serta kemahiran komunikasi.

3- Mempunyai kemahiran  mengendalikan perisian komputer seperti Excel,  Word dan Power Point bagi menguruskan database dan pelaporan Alumni FSSK.

4- Mempunyai kebolehan berinteraksi menggunakan sosial media dengan baik.

5- Kemahiran melaksanakan dan menguruskan program fakulti  bersama Alumni 6- Kemahiran berbahasa Inggeris dengan baik untuk perhubungan Alumni Antarabangsa.

6. Kemahiran berbahasa Inggeris dengan baik untuk perhubungan Alumni Antarabangsa.

7.Berupaya membantu dalam penyediaan dokumen-dokumen rasmi berkaitan alumni.


Cara memohon

Pemohon yang berminat perlu mengemukakan  resume  lengkap dengan menyatakan sekurang-kurangnya dua rujukan. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan secara emel kepada  hejimfssk@ukm.edu.my dan “cc” kepada tntm@ukm.edu.my.


Tarikh tutup permohonan :  

19 Februari 2021


Hanya pemohon  yang disenarai pendek  sahaja yang akan dipanggil menghadiri ujian/temuduga.


Post a Comment

0 Comments