TUNS 2021: Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan ~ Permohonan Kini Dibuka!

Tahukah anda permohonan bagi Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) kini dibuka.


Untuk makluman, tahun 2021 adalah tahun ketiga pelaksanaan TUNS sejak ia dimulakan pada tahun 2019 dan telah berjaya membantu seramai 3069 peniaga.


Melalui tabung ini, usahawan mikro seperti penjaja dan peniaga kecil berpeluang untuk mendapatkan pembiayaan secara geran sehingga RM3,000.


Permohonan boleh dibuat bermula 9 Februari 2021 sehingga 8 Mac 2021.


SYARAT KELAYAKAN MEMOHON TUNS 2021

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada anak Negeri Sembilan).
  2. Berdaftar dengan SSM atau badan-badan pengiktiraf.
  3. Peniaga atau penjaja kecil mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000.
  4. Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan.
  5. Perniagaan secara sepenuh masa.
  6. Tidak berstatus muflis.
  7. Tidak pernah menerima TUNS.


Jenis Perniagaan Yang Layak.

  • Minuman dan makanan.
  • Bakeri, pastri dan kuih-muih.
  • Khidmat jahitan.
  • Pertanian/penternakan/perikanan.
  • Salon kecantikan dan gunting rambut.
  • Kraf tangan dan cenderamata.
  • Peruncitan.
  • Fotografi.
  • Lain-lain Perkhidmatan (selain insurans, institusi kewangan dan pembekalan tenaga kerja).

Jenis Perniagaan Yang Tidak Layak.

  • Perkhidmatan profesional.
  • Homestay.
  • Jual beli barangan buangan (besi dan plastik lusuh).
  • Ejen jualan produk, dropship dan Multi-level Marketing.
  • Mesin layan diri (vending machine).
  • Dobi layan diri.
  • Kontraktor.
  • Sewaan jentera dan kenderaan penumpang mahupun perkhidmatan logistik.
  • Perniagaan yang salah disisi undang-undang.
  • Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi/mematuhi nilai-nilai moral masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain.

CARA MEMOHON TUNS 2021

Untuk membuat permohonan, buka laman web rasmi TUNS 2021 di     https://tuns.my/2021/index.php

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan.

  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Gambar Passport.
  • Salinan lesen / permit.
  • Salinan Pendaftaran SSM / sijil profesional.
  • Salinan penyata kewangan / bank perniagaan.
  • Gambar perniagaan.
  • Salinan perjanjian sewa premis / tanah.
  • Sebut harga.

*semua dokumen hendaklah disahkan oleh pegawai yang berkelayakan.

Untuk maklumat penuh berkaitan dokumen sokongan, anda boleh melayari https://tuns.my/2021/page.php?s=dokumen-sokongan-tuns


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, sila hubungi:

Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS)
PKNNS, 23-H, Jalan Zaaba,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

Telefon : 06 - 761 6871
Faks : 06 - 762 6291
Hotline : 019 - 752 3251
E-mel : usahawanpknns@gmail.com

Facebook : Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan PRUNS 

      

Semoga maklumat ini memberi kemudahan dan bermanfaat kepada anda.

Post a Comment

0 Comments