[RASMI] : Permohonan Baharu Pengeluaran i-Lestari Sehingga RM500 Sebulan

 


Untuk pengetahuan anda, pengeluaran i-Lestari sebenarnya berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021. Hal ini bermakna, bagi anda ahli KWSP anda boleh melakukan pengeluaran i-Lestari anda. 


Jika anda belum melakukan pengeluaran dan berhasrat untuk membuat pengeluaran i-Lestari, kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk melakukan pengeluaran secara online. Anda tak perlu risau sekiranya permohonan i-Sinar anda tidak diluluskan kerana anda boleh melakukan pengeluaran i-Lestari berjumlah daripada RM50 sehingga RM500. 


MAKLUMAT PENGELUARAN i-LESTARI KWSP

  • Tarikh Pengeluaran: Sehingga 31 Mac 2021
  • Jumlah Pengeluaran: RM50 sehingga RM500

CARA MELAKUKAN PERMOHONAN BARU i-LESTARI

Berikut adalah merupakan cara mudah untuk anda melakukan permohonan baharu i-Lestari secara atas talian (online):
  • Layari laman web https://ilestari.kwsp.gov.my/ 
  • Klik PERMOHONAN BAHARU
  • Sila isikan Nama Penuh, No MyKad, No Telefon Bimbit, Alamat email, Alamat dan Poskod
  • Pilih jumlah amaun dipohon sebulan (RM)
  • Pilih bank dan masukkan nombor akaun bank simpanan yang aktif
  • Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon
  • Baca dan fahami perakuan pemohon dan tekan butang setuju
  • Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan tepat sebelum menekan butang hantar
  • Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar.



MAKLUMAT TAMBAHAN
  • Sila pastikan bahawa maklumat yang anda isi adalah tepat & muktamad untuk diproses oleh pihak KWSP. Maklumat tidak dapat ditukar setelah permohonan anda dihantar. 
  • Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat. 



SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Untuk makluman, semakan status permohonan boleh dilakukan dengan cara berikut:
  • Layari laman Semakan Status i-Lestari 
  • Masukkan Nombor MyKad dan Nombor Telefon
  • Klik SEMAK
  • Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan


Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments