[RASMI] : Panduan Permohonan Bantuan RM600 Seorang Melalui Program Subsidi Upah PERKESO 3.0



Berikutan daripada era penularan wabak pandemik Covid-19 yang berlarutan sejak daripada tahun lalu lagi, terdapat ramai pihak majikan yang terpaksa memberhentikan pekerja akibat mengalami krisis ekonomi dan kewangan. 


Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah mengambil langkah inisiatif bagi memastikan pihak majikan tidak memberhentikan para pekerja dengan mewujudkan Program Subsidi Upah PERKESO di mana bantuan kewangan disalurkan bagi membantu para majikan yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50% agar dapat mengekalkan pekerja yang berpendapatan RM4,000 ke bawah. 


PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0


Untuk pengetahuan anda, Program Subsidi Upah PERKESO 3.0 adalah merupakan sebuah program yang sama dengan program sebelumnya di mana pihak kerajaan menyalurkan bantuan kewangan kepada pihak majikan melalui Program Subsidi Upah PERKESO 1.0 & 2.0.


TARIKH PERMOHONAN


Semua permohonan boleh dilakukan bermula pada: 

  • 1 Januari 2021 sehingga tarikh tutup 1 Jun 2021

KADAR BAYARAN BANTUAN SUBSIDI UPAH PERKESO



SYARAT KELAYAKAN

Kadar Penurunan Pendapatan Jualan:
  • Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
Pendaftaran Majikan:
  • Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan pihak PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  • Majikan telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021 

Gaji Pekerja:
  • Pekerja yang bergaji RM4,000 dan kebawah

Syarat-Syarat Lain:
  • Bagi pihak majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja mereka yang berpendapatan RM4,000 dan kebawah. Pihak majikan dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji setelah berunding dengan para pekerja. 

SYARAT TAMBAHAN PSU 3.0
  • Hanya perusahaan di dalam sektor pelancongan dan runcit sahaja yang layak untuk memohon PSU 3.0
  • Industri-industri ini adalah industri yang tidak dapat dibuka sepenuhnya pada tahun 2021 dan masih terkesan akibat penularan wabak Covid-19
  • Sebagai contoh, aktiviti sektor perhotelan, penerbangan, agensi-agensi pelancongan, pemborongan dan penjualan runcit, pedagangan di kedai ataupun pasar. 

CARA MEMOHON PSU 3.0

Permohonan hendaklah dilakukan oleh pihak majikan melalui laman sesawang https://prihatin.perkeso.gov.my/ 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-800

Post a Comment

0 Comments