Program Jana Niaga MARA - Shopee 2021 ~ Mohon Sebelum 5 Mac 2021!

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa usahawan Bumiputera yang berminat untuk menyertai program pemasaran secara digital di platform e-dagang Shopee. 


Pengenalan program

Program Jana Niaga MARA Shopee adalah inisiatif MARA untuk membantu usahawan Bumiputera untuk memasarkan produk secara atas talian. 

Program ini berjalan selama 6 bulan merangkumi latihan keusahawanan secara online, geran baucer kedai dan kredit iklan (one-off sahaja) dan bimbingan dan pemantauan. 

E-kedai usahawan yang berjaya akan dimasukkan ke Mall Jana Niaga MARA untuk menerima Baucer kedai dan kredit iklan. 

E-Mall Jana Niaga MARA juga menawarkan baucer diskaun dan baucer free shipping kepada pembeli. Link e-Mall Jana Niaga MARA: KLIK SINI

Yuran komitmen bagi penyertaan program adalah sebanyak RM100.00.

Tarikh tutup permohonan: 5 Mac 2021 (Jumaat).

Syarat Permohonan

Permohonan terbuka kepada semua yang menepati syarat kelayakan seperti berikut:

  • Usahawan Bumiputera.
  • Syarikat telah berdaftar di SSM/PBT (Sabah & Sarawak).
  • Mempunyai e-kedai di Shopee dan telah beroperasi melebihi 6 bulan
  • Mempunyai 5 SKU produk dan ke atas di e-kedai Shopee.
  • Usahawan bersetuju syarat - syarat yang ditetapkan oleh MARA dan Shopee dari semasa ke semasa.

Kelebihan menyertai program ini

Bagi sesiapa yang berminat dan menepati syarat kelayakan seperti yang dinyatakan, jangan lepaskan peluang emas ini! Anda akan menikmati faedah bermanfaat seperti:

  • Webinar Latihan Keusahawanan
  • Baucer Kedai Bernilai RM400.00
  • Kredit Iklan Bernilai RM400.00

Bagaimana memohon?

Usahawan yang berminat boleh memohon di link berikut:  

  • KLIK SINI atau scan QR Code di poster iklan. 

Permohonan usahawan akan diproses oleh Pejabat MARA Negeri (PMN) dan usahawan akan dihubungi oleh PMN. Hanya usahawan yang berjaya akan dihubungi oleh Pejabat MARA Negeri (PMN) terdekat. Usahawan yang tidak dihubungi oleh MARA dalam tempoh 3 bulan, permohonan di anggap TIDAK BERJAYA.

Borang permohonan akan dibuka bermula pada 22.2.2021 (Isnin) jam 10.00 pagi sehingga 5.3.2021 (Jumaat) jam 5.00 petang.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Infrastruktur Komersial MARA:

1. Mohamad Fahriz - 03-26134324 / 013-8835533
2. Mohd Yazid - 03-26134328 / 018-2119793
3. Hazila - 03-26134818 / 019-9174495




Post a Comment

0 Comments